Wednesday 2 April 2014

antara kesabaran dan kelaparan..

Ketika burung tidak berkicauan di waktu malam, kedengaran bunyi hon dan bau asap memenuhi ruang udara di bandar ku ini. Indah malam terasa selepas selesai sesi menghabiskan duit di mesin atm berdekatan..Alhamdulillah! Perut pula mula berbunyi menandakan waktu makan sudah tiba. Aku mula mengorak langkah ke kedai berdekatan. Aduh! menarik sungguh persekitaran kedai dengan susun atur yang menarik, bersih pula keadaannya, terpegun seketika dibuatnya.

Pasti sedap. Getus hati kecilku.

aku melangkah selesa ke meja dan duduk bersebelahan isteri tersayang.Episod duka bermula sebaik sahaja pelayan mula menyedari kehadiran kami. Tanpa segan silu, menu dicampak ke meja bagaikan kami ini singa kelaparan, namun kami hadapi dengan senyuman dengan harapan tiada apa yang berlaku nanti. Ah! banyak sungguh menu yang ada walaupun biasa sahaja.Ku lihat satu persatu.

Chicken Chop Black Pepper
Lamb Chop Black Pepper
Nasi Ulam Ayam Goreng
Nasi Ulam Ikan Goreng

Keliru sebentar. Namun aku tetap memesan makanan dan minuman yang aku hajati. Nasi Ulam Ayam Goreng dan Mango Blended untuk diriku dan Chicken Chop Black Pepper serta Teh Panas untuk isteriku. 15 minit kemudian minuman yang dipesan pun dihantar oleh pelayan dengan senyuman yang kelat. 


"Terima kasih" ujar ku kepada pelayan itu.
"Emm, sedap betul air ni, pior!" puji aku sambil menyedut Mango Blended.

Sambil mengetik papan kekunci telefon bimbit aku, aku masih menunggu dengan penuh harapan. Tanpaku sedari, masa berlalu begitu pantas. Aku masih menanti. Masih menanti. Masih menanti.



Oh tidak. Aku menggeleng kepala apabila memikirkan makanan aku masih belum tiba walaupun aku sabar menunggu. Namun kesabaran ada tahapnya. Aku tidak mampu untuk menahan kesabaran ini. Perasaan marah semakin meluap - luap sambil kedengaran bunyi kelaparan dari perutku. 


Aku masih mengharapkan makanan akan tiba, namun itu semunya palsu. Cahaya harapan masih belum lagi muncul membuatkan aku keletihan menunggu dalam kelaparan. Aku melangkah longlai keluar dari kedai dengan perasaan yang bercampur baur. Aduh! Aku memegang perutku yang kelaparan memasuki keretaku dan akhirnya meluncur laju ke kedai makan berhampiran. 

Tidak ku sangka, makanan angan ku musnah. Luluh hati memikirkan kembali peristiwa itu. Jika ini takdirku, aku terima seadanya. Namun, aku berharap perkara sebegini tidak berlaku lagi dalam kehidupanku.

Aku pasrah. Pasrah.


Warkah sedih dari,

Pakcik Lipas Kudung

No comments: