Tuesday 22 November 2016

Alkimia Logam Penuh!

mengikut google translate.itulah yang ditulis...hahahaha..tapi akubukan nak cerita pasal google translate..aku nak cerita pasal manga yang aku minat dah jadi live action! yes LIVE ACTION! waaahhhhhaaa!!!


yes!! adaptasi daripada manga Hiromu Arakawa berkisarkan tentang dua orang adik beradik Edward & Alphonse Elric yang kehilangan ibunya ketika kecil dan cuba menghidupkan semula ibu mereka dengan ilmu kimia yang dipelajari mereka sendiri, namun malang menimpa mereka apabila ilmu terlarang itu memakan diri mereka sendiri dan bermulalah perjalanan hidup mereka mencari 'kebenaran'. 


Manga ni memang seronok! aku layan anime dia dari mula sampai habis memang seronok dan ada pelbagai twist dalam penceritaan..watak antagonis yang tidak disangka - sangka..memang sangat menari untuk ditonton! kalau nak tengok filem ni pastikan anda layan dulu anime dan manga dia dulu..takut dalam filem ni x merangkumi semua jalan cerita manga ni..so takut korang x paham..hahaha..papehal layan trailer dulu!


No comments: