Sunday, 23 December 2012

Apa? Tak daftar BR1M lagi?


mesti korang pelik bila tengok header gitu kan? huahuahua..aku sebagai orang bujang (hanya untuk sebulan lagi je pun) perlu amik kisah benda - benda gini..bayangkan menurut sumber daripada Kementerian Kewangan Malaysia ada lagi 1 juta budak bujang tak daftar lagi untuk BR1M..bang x nak duit ke? hahaha..x nak bagi je la kat aku..leh aku wat modal kawin aku nanti..LOL!

Ipoh: Lebih sejuta individu bujang yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 didapati masih belum mendaftar.

Serentak itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, menggesa mereka yang belum mendaftar termasuk ketua isi rumah yang tercicir daripada senarai penerima BR1M lalu, supaya segera mengemukakan permohonan sebelum 31 Disember ini.

“Kerajaan akan mula membuat pembayaran pada suku pertama tahun depan untuk mereka yang mendaftar sebelum akhir tahun ini.

“Justeru, kita menasihati mereka supaya mendaftar segera kerana jika lewat, mereka akan lewat menerima pembayaran,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Jelajah Dagang Karnival Usahawan SME Bank di sini, semalam.

Husni berkata, sehingga kini seramai 1.6 juta individu bujang yang layak menerima BR1M sudah mendaftar untuk program berkenaan daripada 2.7 juta individu bujang yang dikenal pasti layak.

Pada masa sama, katanya, seramai 720,179 ketua isi rumah yang layak tetapi tercicir pada program BR1M 1.0 lalu sudah mengemukakan permohonan.

Beliau berkata, daripada bilangan itu, sebanyak 1.3 juta individu atau 54 peratus membuat permohonan secara manual, manakala 1.1 juta pendaftaran atau 46 peratus dilakukan secara atas talian.
 sumber : Berita Harian

ayoyo..mari cepat abang..kakak..mari daftar cepat kang melepas naya je..hahaha..untuk mendaftar ada dua cara..satu secara online & kedua adalah melalui pengisian borang & pos kepada LHDN. untuk maklumat lanjut korang leh gi kat sini ye :-



No comments: