Tuesday 25 December 2012

Majlis Temu Janji Di Korea

pergh! ada temujanji beramai - ramai kat Korea..mantap la korang..acara yang dianjurkan oleh para pengguna facebook di korea untuk membilehkan si lelaki untuk mengajak si perempuan untuk bertemujanji..hahaha..kalau kat Malaysia camne? ada ke yang nak datang? tapi aku rase karang jadi benda lain plak..budak- budak kat Malaysia ni boleh tahan masing - masing..huahuahua..termasuk la aku..hahaha..papehal pun..nak mencari pasangan carilah yang baik - baik k..

SEOUL - Ribuan lelaki memenuhi sebuah taman di sini semalam untuk mencari pasangan yang sesuai dalam majlis temu janji anjuran pengguna-pengguna laman Facebook.Bagaimanapun, hanya sejumlah kecil wanita yang datang untuk menghadiri majlis tersebut, lapor agensi berita AFP semalam.Idea untuk menganjurkan majlis itu bermula pada bulan lalu selepas dua lelaki muda bergurau di laman berkenaan namun ia kemudian diminati lebih 36,000 pengguna Facebook.
Namun, hanya 3.500 orang yang datang pada majlis tersebut kebanyakannya lelaki yang berumur 20-an dan 30-an.Kebanyakan wanita yang hadir pula membawa teman lelaki untuk menyaksikan majlis tersebut.Wanita-wanita diminta datang dengan memakai pakaian berwarna merah manakala lelaki diminta berpakaian berwarna putih apabila mereka bertemu di sebuah taman di daerah perniagaan Yeouido di sini.
Kumpulan lelaki dan wanita diminta untuk berdiri menghadap antara satu sama lain sehingga majlis tersebut bermula pada pukul 3 petang dalam cuaca sejuk.
Mereka kemudian diminta berjalan mencari pasangan yang sesuai dan memegang tangan kekasih baharu yang ditemui dalam majlis berkenaan.
Bagaimanapun, bilangan wanita tidak sama dengan jumlah lelaki yang hadir.
"Di mana perginya semua wanita. Saya tidak dapat untuk mencari (pasangan yang sesuai)," kata seorang pemuda, Kim Sung-sik yang merupakan pelajar kolej berusia 23 tahun.
Dia menganggap majlis tersebut mengecewakan kerana kekurangan bilangan wanita.
"Ia sungguh dahsyat. Saya tidak datang ke sini hanya untuk mencium bauk badan lelaki," kata seorang lagi pemuda.
Bagaimanapun, ada sebahagian pemuda yang berjaya mengajak wanita untuk menjadi pasangan mereka dalam majlis tersebut.Korea Selatan mempunyai hampir 20 juta pengguna Facebook dan Twitter.Sebanyak 31 juta daripada 50 juta penduduk negara ini merupakan pengguna telefon bimbit. - Agensi
sumber : Kosmo Online

No comments: