WASHINGTON: Samsung Electronics Co. (Samsung) berjaya memintas kedudukan Nokia Corporation (Nokia) sebagai jenama telefon mudah alih terbaik dunia bagi 2012 dan berjaya mencabar kedudukan Apple Inc (Apple) dalam pasaran telefon pintar, kata firma penyelidikan teknologi, hari ini.
“Ia menunjukkan buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun bahawa syarikat yang berpangkalan di Finland itu tidak berada pada kedudukan teratas perniagaan telefon mudah alih global untuk tahun ini. “Samsung dijangka menyumbang 29 peratus penghantaran telefon mudah alih di seluruh dunia, ia peningkatan daripada 24 peratus pada 2011,” kata IHS iSuppli sambil menambah jumlah jualan Nokia menurun kepada 24 peratus daripada 30 peratus berbanding tahun sebelumnya.
sumber: Berita Harian
Menurut kajian itu, Samsung turut memperluaskan kedudukannya berbanding Apple sebagai pengeluar telefon pintar di seluruh dunia. Pasaran bagi produk Samsung dijangka meningkat kepada 28 peratus berbanding 20 peratus pada 2011, manakala jualan produk Apple pula meningkat kepada 20 peratus berbanding 19 peratus pada tahun sebelumnya.
"Realiti persaingan bagi pasaran telefon mudah alih pada 2012 adalah hidup dan mati telefon pintar,” kata penganalisis kanan IHS iSuppli, Wayne Lam.
"Telefon pintar menunjukkan segmen paling pesat berkembang dalam pasaran telefon mudah alih dan mencatatkan hampir separuh daripada penghantaran telefon mudah alih pada 2012.
“Kejayaan Samsung dan pergelutan Nokia dalam pasaran telefon mudah alih tahun ini ditentukan sepenuhnya nasib kedua-dua syarikat terbabit dalam segmen telefon pintar,” katanya. - AFP
baguslah..Nokia pun dah x perform dah..setakat guna platform microsoft 8 dlm peranti Nokia Lumia pun x best gak..coz benda 2 jadi mcm PC Handheld balik..teringat waktu aku pakai O2..gila besar dan berat..LOL..dengan adanya persaingan ni..maka masa akan datang akan menjadi lebih mencabar bagi setiap syarikat pengeluar telefon pintar..tapi makin canggih pun makin parah lah poket pengguna..hahaha..nak stylista sangat kan..huahuahua..
No comments:
Post a Comment