Sunday 25 August 2013

HARI INI DALAM SEJARAH - 25/08/2013

25/08..turut tercalit beberapa peristiwa suka duka Malaysia..memandangkan kemerdekaan akan menjelang tiba..pastikan semangat PATRIOTISME anda sentiasa ada dalam diri..sayangkan Agama, Bangsa dan Negara..semoga semuanya sejahtera hendaknya..
"...merdeka itu bukanlah suatu bendayang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan."
- Tunku Abdul Rahman

"...Hari Merdeka ialah hari Kebangsaan kita. Marilah kita membanggakan negara kita dan sentiasa berjaga-jaga supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman Kebangsaan yang sempit. Jika fahaman Kebangsaan yang sempit itu dibiarkan hidup dengan perasaan yang meluap-luap maka sifat bertolak ansur dan tali persahabatan kita dengan negeri- negeri lain yang bebas akan terkecewa. Dengan yang demikian maka terganggulah keamanan dan ketenteraman dunia...."
- Tun Abdul Razak

"Di zaman kursus kilat dan massa komunikasi moden, kebanyakan orang ramai, istimewa pemuda pemudi tidak begitu pandai menghiburkan diri sendiri dengan membaca buku. Tambahan lagi, di zaman ini orang sentiasa mencari jalan pendek untuk pandai. Sebenarnya, tamadun manusia di beberapa zaman dan di beberapa benua membuktikan bahawa kita hanya boleh mendapat pengetahuan dengan selalu membaca serta berfikir panjang dalam jangka masa yang lama. Tidak kursus kilat untuk menjadikan seseorang itu waras serta cerdik sekelip mata."
- Tun Hussein Onn

"...bukan kecil tugas kita; meneruskan perjuangan kemerdekaan kita; kerana rupanya selain kemerdekaan; mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara..."
 - Tun Dr. Mahathir Mohamed




GERAKAN MENENTANG KOMUNIS TERBESAR
Pada hari ini 25.8.1957, 2,000 orang penduduk Tanjung Malim telah mengadakan satu gerakan menentang komunis. Gerakan menentang komunis yang terbesar pernah diadakan di Tanah Melayu ini telah dimulakan sejak awal pagi 25 Ogos 1957. Dua ribu orang awam tersebut telah memasuki hutan belantara dan menyeru 5 orang pengganas komunis yang masih tinggal dalam kawasan hutan Tanjung Malim. Di udara kapal terbang yang mempunyai alat pembesar suara yang dapat didengar sehingga 4 batu jauh telah digunakan mengarah pengganas-pengganas komunis keluar menyerah diri. Gerakan menentang komunis ini diadakan selama 4 jam sejak jam 9.00 pagi dan hutan belantara yang dimasuki oleh 2000 orang awam itu seluas 30,000 ela persegi. Kebanyakan orang awam yang menyertai gerakan ini ialah anggota-anggota Jawatankuasa Rakyat Setia Tanjung Malim. Semasa orang awam meredah hutan ini mereka dilindungi oleh askar-askar dari Batalion ke-5 Askar Melayu serta 13 unit Pasukan Polis Persekutuan serta tentera udara. Sesungguhnya gerakan rakyat menentang komunis pada hari ini dalam tahun 1957  tersebut merupakan satu perpaduan dan kerjasama semua pihak untuk membantu kerajaan membanteras komunis.




sumber:

No comments: