Wednesday, 14 August 2013

aiseh..suami pukul isteri?

sekarang ni tersebar sudah video SEORANG SUAMI MEMUKUL ISTERINYA DI DALAM LIF DI DEPAN ANAK - ANAK..uuuuuuuuuuuuiiiiiiiissssssshhhhhhhh..panjangnya tajuk! hahaha..aku buat sendiri tajuknya..sebagai seorang manusia aku turut bersimpati atas kejadian yang menimpa diri wanita tue..



walaupun aku bukan nak pasal aku baik sangat tapi alhamdulillah semarah - marah aku..masih lagi rasional dalam perhubungan aku dengan isteri aku..tapi kalau salah macamane pun banyak - banyaklah mengucapkan..isteri pun manusia biasa yang masih melakukan kesalahan..paling kurang pun aku merajuk sambil melontarkan pandangan jauh ke luar tingkap sambil dipujuk oleh isteriku dengan seketul ayam KFC SPICY di sebelah tangan kanannya dan BURGER SAMURAI EDISI TERBARU MCDONALDS di tangan kirinya..walaupun dia tahu aku takkan termakan pujuk rayu dia..huahuahuahua..




so back to the topics..aku x mahu membuat andaian kenapa suami itu begitu berang dengan isterinya..hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu..mengikut si uploader video Nur Hisyam Hj Hashim..video yang berdurasi 2.20minit ini diambil dari pihak hospital sebagai bukti untuk membuat laporan polis namun tiada rekod yang diambil kerana ianya tidak mendatangkan kecederaan atau kecacatan kepada mangsa yang dipukul...



bagi para suami diharap dapat bersabar dengan kerenah pasangan masing - masing..begitu juga dengan para isteri agar dapat dijaga suami masing - masing dengan sebaik habis! aku salute pada semua pasangan yang pandai menjaga hubungan mereka!


tips untuk mengekalkan hubungan rumahtangga
  sumber: pilihanustaz

Pergaulan Yang Baik
Para suami hendaklah selalu memperlakukan isteri-isteri mereka dengan sebaik-baiknya, serta bersikap sabar atas gangguan yang mungkin timbul dari mereka. Demi mengasihi kamu kelemahan mereka. Firman Allah, An- Nisa 19 :
Maksudnya : “Gaulilah isteri-isteri kamu dengan sebaik-baiknya…”
Firman Allah lagi An- Nisa 36 :
Maksudnya : “..dan perlakukanlah dengan baik, temanmu yang sepertiduran denganmu yakni (isterimu)...”
Ketahuilah, bahawa yang dimaksudkan dengan perlakuan baik terhadap isteri, bukanlah menghindarkan diri dari menganggungnya, melainkan bersabar dalam menanggung gangguan darinya serta ia menahan emosi dan kemarahan.

Bergurau Senda
Selain sikap sabar dalam menghadapi isterinya, seorang suami hendaklah membiasakan dirinya bergurau senda dengan isterinya. Sikap seperti itu menyenangkan hati kaum wanita. Nabi S.A.W kerapkali bergurau senda dengan isteri-isterinya, bahkan ada kalanya memaksakan diri untuk mengikuti mereka dalam perbuatan dan perilaku.

Nabi Muhammad S.A.W pernah diriwayatkan berlumba lari dengan Aishah. Sekali beliau dikalahkan, namun pada kesempatan lain beliaulah yang menang.
Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa : “Nabi s.a.w adalah seorang suami yang suka berkelakar dengan isterinya.” (Riwayat Al-Tabrani)

Memimpin Dengan Keramahan Bercampur Ketegasan
Betapapun, seorang suami dianjurkan agar bersikap lemah lembut dan tidak segan-segan bersenda gurau dan berkelakar dengan isterinya, namun hendaklah ia jangan sekali-sekali melewati batas dalam mengikuti hawa nafsu isterinya. Sedemikian, sehingga merosakkan akhlaknya dan menghilangkan kewibawaannya sendiri dihadapannya.

Yang benar ialah melakukan itu semua secukupnya saja sementara tetap mempertahankan kewibawaannya dan menunjukkan ketidaksenangannya akan segala kemungkaran yang dilakukan oleh si isteri. Jangan sekali-kali ia membuka pintu mendorong isterinya melakukan sesuatu yang terlarang menurut agama. Sebaliknya, ia menjadi harus dengan tegas menunjukkan kemarahannya setiap kali melihat isterinya melakukan pelanggaran terhadap batasan-batasan syariat ataupun kesempatan dalam pergaulan.
Telah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bersabda yang bermaksud : ” Sungguh celaka orang yang menghambakan diri pada isterinya ” (Kata Al-Iraqi : tidak dijumpai sumber hadis ini)

Mengawal Sikap Cemburu
Seorang suami hendaklah selalu berwaspada terhadap hal-hal yang dikhuatiri akan menimbulkan gangguan-gangguan dalam kehidupan perkahwinannya. Namun ia tidak boleh keterlaluan dalam hal kecemburuan terhadap isterinya lalu menekan kebebasan atau pun segala gerak-gerinya.
Rasulullah s.a.w melarang perbuatan "mencari-cari kesalahan isteri" (Riwayat Tabrani)
Dalam hadis masyhur disebutkan :
"Wanita seperti tulang rusuk yang bengkok. Jika engkau memaksa meluruskannya pasti ia akan patah. Kerana itu biarkanlah ia dalam keadaannya seperti itu agar kau nikmati dalam kebengkokkannya." (Bukhari Muslim dari Abu Hurairah)
Membiarkannya seperti itu ialah dalam erti memperbaiki perangainya dengan cara yang bijaksana tanpa kekerasan. Sikap cemburu keterlaluan termasuk buruk sangka yang terlarang. Sebab, sebahagian prasangka adalah dosa.

Mengajari isteri yang perlu baginya
Adalah wajib bagi seorang suami mempelajari hukum-hukum agama yang berkaitan dengan haid, solat dan lain-lain yang perlu diketahui isterinya. Hal ini mengingatkan bahawa seorang ketua keluarga wajib berusaha menjaga keluarganya dari seksa neraka, seperti firman Allah :
Bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.  (At-Tahrim : 6)  

Mengatasi Pertengkaran Suami Isteri
Ada kalanya di antara pasangan suami isteri terjadi pertengkahan sehingga menimbulkan keretakkan hubungan yang sulit di pertemukan kembali. Apabila pertentangan itu akibat kesalahan kedua-keduanya ataupun kesalahan suami semata-mata, lalu kedua-duanya tidak lagi mampu mengatasinya, maka sebaiknya ada dua orang yang menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah mereka. Satu dari pihak keluarga suami dan satu lagi pihak keluarga isteri. Kedua-dua orang tengah itu hendaklah benar-benar berupaya menyelesaikan pertentangan tersebut dengan cara taufik Allah S.W.T.

Sehubungan dengan ini, Umar pernah mengutus seorang perantara untuk memperbaiki kekeruhan yang terjadi antara sepasang suami isteri. Beberapa waktu kemudian ia kembali berhasil, ini mengingatkan akan janji Allah: 
 "Apabila kedua penegah itu benar-benar menghendaki perbaikan, nescaya Allah akan memberikan taufik kepada mereka..."  (An-Nisa: 35)
Namun apabila keretakan hubungan akibat nusyuz si isteri semata-mata, maka suami berhak mengambil tindakan untuk memaksanya agar taat dan patuh kembali kepadanya. Hal ini mengingatkan bahawa
"Para suami adalah pemimpin isteri-isteri mereka.." (An-Nisa : 34)





No comments: