Sunday 13 October 2013

sibuk..sibuk..

maaf sebab lama x update Blog..biasalah sibuk dengan perwakilan UMNO la katakan..aku? x kaitan pun..hahaha.. hanya seoarng pemerhati bebas sahaja..tapi tahniah pada yang berjaya mengekalkan jawatan masing - masing setelah mencapai kemenangan yang agak besar sama seperti besarnya jawatan yang dipegang..huahuahuahua.. diharap kali ini akan menjadikan UMNO sebuah parti yang bukan sama seperti dulu, kini dan selamanya..tapi mampu memberikan sesuatu yang lebih kepada rakyat Malaysia untuk menghadapi masa - masa yang akan datang..




Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaludin kekal mempertahankan jawatan Ketua Wanita dan Pemuda manakala Mas Ermieyati Samsudin diumumkan sebagai Ketua Puteri UMNO baru pada pemilihan sayap UMNO 2013. 

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, sebentar tadi. Setakat jam 3.35 pagi ini, Shahrizat yang dicabar Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Suleiman Palestin, memperoleh 100 daripada 191 undi.  

Manakala, jawatan Ketua Pemuda yang menyaksikan pertandingan lima penjuru menyebelahi Khairy selepas memperoleh 97 undian. 

Mas Ermieyati yang juga Ketua Puteri UMNO Melaka menewaskan Jamilah Hanim Othman dalam pertandingan satu lama satu, dengan memperoleh 96 undi. Pemilihan ketiga-tiga sayap membabitkan 230,000 perwakilan dari 191 Bahagian.



sumber:

No comments: