Sunday 20 October 2013

Insidious : Chapter 2

aku dapat review dari member - member mengatakan cerita nie memang menarik! kesinambungan daripada filem Insidious hasil arahan James Wan tidak mengecewakan peminat - peminat genre horror nie..


selepas kejayaan membawakan The Conjuring tak beberapa lama sebelum ini menggambarkan kefahaman dan kepakaran pengarah muda yang lahir di Kuching, Sarawak ini untuk menjelajah sisi seram peminat - peminat cerita seram..


aku mungkin tak berkesempatan untuk melihat bagaimana menariknya filem ni sebab sini hanya ada wayang kulit sahaja..hehehe..papehal aku terpaksa tunggu DVD la nampak gayanya..itu pun kalau ada la kat sini..


menurut rating filem ni adalah 7.0 hasil undian 14,386 di laman web IMDB  tapi di laman web Rotten Tomatoes hanyalah 35% sahaja..pasti anda pelikkan? jangan runsing..ia hanyalah perbezaan pendapat mengenai keseraman filem ini..ada pandangan penonton mengatakan..
"jalan cerita yang menarik tapi kurang seramnya dan hanya bermain dengan perasaan sahaja"
ada juga yang memberikan pandangan yang positif..
"jalan cerita dikupas dari filem pertama dan ianya berkembang menjadikan ianya sebuah sequel yang menarik untuk ditonton"



apa - apa sekalipun anda perlu menontonnya tanpa perlu ada rasa bersalah..hahaha..aku pasti cerita ni takkan mengecewakan anda semua yang menonton di pawagam - pawagam yang berdekatan dengan anda..sudah ditayangkan pada 17 Oktober yang lalu kalau tak silap aku lah..hehehe..


selamat menonton!

No comments: