Saturday 26 October 2013

Jom ramai - ramaikan majlis!

Tanggal baju dan seluar..eh silap..silap..tanggal 24/10/2013 - 29/10/2013 Balai Islam Lundang telah mengadakan Pesta Buku & Komputer Pantai Timur 2013..siapa yang duduk kat area Kota Bharu dan sewaktu dengannya molekla datang sini..hehehe..memeriahkan majlis dan beli apa yang patut..makan - makan tak dapek nak bagi free..sendirian berhad la..hehehe..tapi dewan yang menarik! berhawa dingin lagi! hahahaha..





pe yang ada? cuma apa yang ada macam biasalah..ada gerai menjual komputer..beberapa gerai yang menjual pakaian..ada gerai majalah dan pelbagai buku yang menarik untuk anda semua..tapi yang paling best adalah booth MOY - Majalah Ujang & APO?

bini aku melompat kegirangan apabila dapat berjumpa dengan kartunis kesayangannya..Kartunis Cendol..pe lagi peluang ada depan mata..snap..snap..la nampak gayanya..hahaha..




pe lagi..datang la beramai - ramai bagi sesiapa yang minat pada buku..tak salah nak berbelanja sikit untuk ilmu kan..hehehe..

No comments: