Tuesday, 22 November 2016

Alkimia Logam Penuh!

mengikut google translate.itulah yang ditulis...hahahaha..tapi akubukan nak cerita pasal google translate..aku nak cerita pasal manga yang aku minat dah jadi live action! yes LIVE ACTION! waaahhhhhaaa!!!


yes!! adaptasi daripada manga Hiromu Arakawa berkisarkan tentang dua orang adik beradik Edward & Alphonse Elric yang kehilangan ibunya ketika kecil dan cuba menghidupkan semula ibu mereka dengan ilmu kimia yang dipelajari mereka sendiri, namun malang menimpa mereka apabila ilmu terlarang itu memakan diri mereka sendiri dan bermulalah perjalanan hidup mereka mencari 'kebenaran'. 


Manga ni memang seronok! aku layan anime dia dari mula sampai habis memang seronok dan ada pelbagai twist dalam penceritaan..watak antagonis yang tidak disangka - sangka..memang sangat menari untuk ditonton! kalau nak tengok filem ni pastikan anda layan dulu anime dan manga dia dulu..takut dalam filem ni x merangkumi semua jalan cerita manga ni..so takut korang x paham..hahaha..papehal layan trailer dulu!


Tuesday, 8 November 2016

Mohon jauh dari diriku ini..amin!

semalam merupakan hari yang menakutkan bagi diri aku..

first time aku tengok pergaduhan suami isteri depan mata setelah suami melafazkan cerai talak tiga...memang sangat menakutkan bila mana mereka turut begaduh depan anak - anak mereka..benda ni juga menjadi pengajaran buat aku dan isteri aku..bukan senang nak hidup senang..bukan susah nak hidup susah..aku bersyukur dapat isteri yang memahami aku luar dan dalam..


bukan semua orang mampu menahan kemarahan bila bergaduh..sampai mencaci..memaki hamun dan sumpah seranah..keluarga mana yang sempurna..suami isteri mana yang tak pernah bergaduh..tapi bila nafsu amarah menguasai diri iman tolak tepi dah..bagi mana - mana pasangan suami isteri mohon banyakkan bersabar..ada banyak perkara kita kena perhati...banyak benda kita kena kawal..dan antaranya adalah :

  1. Jangan melibatkan ibu bapa pasangan masing - masing
  2. Jangan sesekali mengungkit
  3. Jangan sebut kita nak tinggalkan dia
  4. JANGAN BERTENGKAR DEPAN ANAK - ANAK (sangat penting!)
  5. Jangan angkat tangan terhadap pasangan masing - masing
  6. Jangan sebut kekurangan pasangan
  7. Jangan tinggikan suara
  8. Jangan bergaduh dalam tempoh yang lama
kalau nak tah lebih lanjut setiap point di atas boleh rujuk laman web tudungsicomel..satu artikel yang sangat - sangat berguna untuk koarng dan juga untuk perhatian aku sendiri..aku ada jumpa satu doa untuk sama - sama kita amalkan..


semoga kita semua mendapat keberkatan daripada Allah dalam menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang terbaik dan mendapat kerahmatan dariNya untuk menjadi sebuah keluarga yang bahagia hendaknya..AMIN!

Saturday, 5 November 2016

Musim Temuduga!

sekarang ni aku rasa musim orang mencari kerja sebab kat Jobstreet ramai sangat pencari kerja yang masih aktif..mungkin ingin mengubah suasana kerja atau yang masih tercari - cari kerja..sangat - sangat ramai dan kemungkinan Malaysia akan mencapai tahap penggangguran yang sangat tinggi dengan permintaan yang sangat rendah berbanding penawaran..betul atau tak aku belum pasti tapi dari pandangan aku memang sangat kritikal..dalam mencari pekerjaan aku tergoogle lukisan yang sangat - sangat kelakar! yang aku tahu no 3 adalah satu situasi yang sangat - sangat wujud dalam realiti mencari kerja sekarang..*sigh!












sumber: brightside

Vans X Toy Story!

aku memang suka gila kalau dapat benda ni! aku memang x mampu nak beli dari dulu lagi walaupun sememangnya ada yang tengah sales..sebab - sebab tertentu membuatkan aku hanya mampu pakai kasut Pallas x pun North Star buat jalan - jalan..merenung ke luar jendela la aku kalau nak pakai kasut Vans ni walaupun aku memang minat gila kasut ni! huhuhu..sekarang ni Vans buat kolaborasi dengan Toy Story dan design nya memang sangat menarik! Dah keluar bulan 10 hari tu! Woooohhhooo!!!


aku harap harganya still affordable la! hahaha..kena simpan duit ni! kalau ada stok lagi la...



sumber: Vans Malaysia

Ini baru cawan hipster!

ok..kebanyakkan cafe nak hangout banyak jadi macam hipster..so kadang - kadang cawan atau pinggan dia lain daripada yang lain..dalam tabung uji ada..pinggan plastik ada..kalau yang pakai pampers pun ada! hahahaha..tapi aku rasa cawan yang macam ni adalah sesuatu yang unik! Cawan yang diperbuat daripada kertas kadbod!

The Accountant

tajuk filem ni memang sesuai dengan aku sekarang..seornag akauntan..mula - mula aku ingatkan filem ni kisah seoarng akauntan yang penat lelah bekerja di bawah satu syarikat kecil untuk menampung keluarga kecilnya menghadapi suka duka dalam kehidupan yang serba sederhana..hahaha..sangkaan aku meleset sama sekali! 


Wednesday, 21 September 2016

alat pesta bujang!


ini bukan barang yang tak senonoh ye walaupun tajuk sedemikian rupa..hahaha..yang sebenarnya aku memang suka main JENGA tapi tak sangka plak ada yang jenis besar ni..kalau ada boleh gak aku main dengan anak - anak aku hujung minggu..asyik dengan gajet je..biar berpeluh skit main benda alah ni dengan anak - anak..sekurang - kurangnya terbakar skit lemak - lemak yang ada di sekeliling tayar lebihan ni..

Monday, 5 September 2016

gejala merisaukan!

Assalammualaikumdan selamat pagi..

aku ingat sekarang ni Malaysia memang diambang dugaan dan cabaran dari Allah swt dengan virus ZIKA yang kini menyerang masuk ke dalam Malaysia dengan 3 kes yang dilaporkan telah dijangkiti virus ZIKA..tu belum lagi yang pekerja Malaysia bekerja di Singapura..memang scary!! so korang kena lebih berhati hati dalam menguruskan kebersihan kawasan rumah..sekarang ni nyamuk bukan saja dengan denggi..ZIKA pun terlibat sekali..



Wednesday, 25 May 2016

Moh kite TRAVEL!

next week dah start cuti sekolah dah..mana - mana yang berniat nak travel tu selamat bercuti dan selamat merehatkan badan anda yang sudah letih melayan karenah masyarakat sekeliling.. mana tau nak layan bangsa lain plak ke...hahaha..tapi setiap kali nak bercuti pasti terfikir apa lagi barang yang perlu dibawa...kalau dalam Malaysia je no hal lah..hahaha..ni bagi mana - mana yang nak travel jauh skit sampai nak kena naik plane..korang mesti..wajib..perlu..ikut idea aku ni..hahahaha..

Sunday, 15 May 2016

Tergantung jadi lebih seronok!



pasti seronok bila berehat kat tepi pantai atau kat tepi sungai sambil minum teh atau kopi..Hammaka Trailer Hitch Stand ni memang sesuai untuk semua orang yang mahukan waktu yang santai-santai..kalau aku memang seronok lepak lepas seharian penat bekerja..malangnya kalau sangkut kat kereta aku memang terbalik la jawabnya! so sapa nak beli bolehlah survey survey..