Tuesday, 22 January 2013

200% agree!

i take it from my facebook page..read it please! i'm totally agree with this statement! 200%!
 


A gentle letter was posted on my wall, i dnt find it abusive or disrespectful. So tq for the respect. :) This is the letter and my stand follows -----------------------------------------------------------

Salam. Sy agk tidak setuju dgn kata2 saudari. Maaf kn sy kalo pndgn sy secara tidak diundang. Sy juz nk beri pndgn shj. Belum tntu btol & belum tentu slh. Tajuk nyer free education. Saudari ckp kite akan lebih menghargai nilai ilmu itu sekiranya kite membyr utk mendpt kn ilmu. Sy mgkn fhm y saudari ckp berdasar kn kehidupan y saudari alami. Sy xckp secara keseluruhan cr saudari slh. Tp ble kite ckp tntg msyrkt, sume org berbeza situasi nyer... Saudari bertuah memiliki famili y agk mewah @ pon serdahana. Tp tidak org laen. Saya mempunyai kwn y duit loan dia digunakn bkn utk kos pembelajaran ttp utk membantu kehidupan famili dia y serba kekurangan. Adakah dia tdk mghargai education dia..? Bab hargai ni, ikhlas, hidayah sume Allah y tentu kn. kalo kite dekat pd Allah kite akan lebih menghargai ilmu y kite dpt. xtimbul isu kalo kite byr bru kite lebih hargai ilmu itu. Kalo mcm tu ms Allah nk bg wahyu kt Nabi Muhammad, "wahai Muhammad, aku nk bg wahyu kpd mu, sila lah byr. Aku kuatiri ilmu y ku beri kn kpd mu engkau kurang hargai". Xpon penceramah nk bg tazkirah di surau2, then ustaz tu ckp, muslimin & muslimat sekelian, sebelum start tazkirah sy sila lah byr dahulu di kuatiri tuan2 & puan2 tidak menghargai ilmu y sy hendak smpi kn. ble kite berhujah kite kne relate dgn agama kite. Rmi org berhujah hanya mnggunakan logic akal shj. Tu la mslh kite. Berblk kpd Free education. Adakah Nabi semasa hendak menyebarkn dakwah baginda, baginda meminta byran drpd umat nyer utk umat dia menhargai... Tidak sama sekali. Sb Nabi th tugas menyampai kn ilmu secara percuma adalah tanggungjawab pemimpin. Soal hargai, ikhlas, dpt hidayah sume tu Allah y tentu kn. tugas kite hanya mencari ilmu utk mendekat kn diri kpd Allah semata2. Bkn sy nk ckp y kite amek loan utk menampung kos pembelajaran ni xbetul. Ape y sy nk smpi kn kt cni belum tentu kite lebih hargai sekiranya kite membyr utk mendpt kn ilmu itu. Sb semua nyer milik Allah. Allah y tentukan berdasarkan amalan kite. Sy kagum dgn saudari snggp amek PTPTN dr mendpt kewangan dr famili saudari. Akan tetapi, di msia ape y saudari cuba bw kn kurang bijak. Kenape sesetgh mrk menuntut free education? Sb nyer mrk sedar, loan y mrk pnjm tu adlh milik kepentingan induvidu tertentu. Bkn dgn tujuan utk membantu pd dasar nyer... Byk penyelewagan y berlaku dgn kerajaan y ada sekarang ni. Mrk mempersoal kn adlh sekiranya kite dpt mengelakan kos penyelewangan ini, tidak mustahil pemimpin kite mampu memberi free education kpd rakyat. Itu adalah tanggungjawab pemimpin mencari jln. Saudari sanggup x membyr pekerja saudari walhal saudari th dia xmampu mmbuat keje dgn baek. Sure saudari cr org y boleh kn. mcm tu la kite. Bodoh lah kite memilih pemimpin y tidak boleh memberi hak & kepentingan kpd rakyat. Kuasa di tgn kite utk memilih. So pilih la y lebih baek. Lebih memperjuang kn agama. Bkn nyer bangsa. Mn ada dlm Al-quran sbt pertahan kn bangsa utk mendpt syurga. Pertahan kn agama nescaya syurga milik mu. Sy berharap pendgn sy tidak menginggung perasaan saudari. Sy juga manusia, msh melakukan kesilapan. Cuma kite slg igt mengingati semasa manusia. Wasalam.

----------------------------------


"Iqra"

By Fiqa Mohammad

Mohd Suhaizil Yaakop terima kasih untuk feedback saudara, Salam. "Iqra ya muhammad" tidak datang percuma bila mana baginda menjawab 'ana bikrail'.. Baca dan kaji. Setiap yang Islam pasti tahu pengorbanan, kesakitan, kesabaran Nb Muhd saw yang dikeji dicaci dan diberikan ujian demi ujian. Itu nilai Iqra buat baginda. Nilai ilmu bagi kaum muhajirin ialah meninggalkan kampung halaman Mekah yang dicintai. Itu nilai dan pengorbanan mereka dalam menerima ilmu. Jangan samakan kaedah Allah memberikan ilmu dengan cara manusia mencari ilmu.. Seandainya sebegitu cetek perbandingan yang diberikan, maka sedihlah saya melihat manusia cuba membandingkan nilai kalam ilmu dari langit dengan ilmu setitis air di lautan duniawi. Adalah tidak logik menyamakan tukaran nilai ilmu Nb Muhammad dan tukaran ilmu para pelajar di universiti.

Sekiranya saudara memahami intipati yang cuba saya tekankan di dalam artikel saya dimana apa yang perlu dalam menuntut ilmu ialah tukaran nilai, "theres a value to knowledge", perkara ini tidak akan dipersoalkan. Apa yang cuba saya letak di sini ialah perlunya ada tukaran nilai. Bilamana ada sesuatu nilai yang dipersetujui, ada akadnya, tanda ada tukaran nilai di situ. Ya. mungkin tidak diletakkan dalam al quran perlunya ada harga pd ilmu, kerana saudara,mengikut logik akal saya dan kebanyakkan yang lain, sedangkan perkahwinan menuntut mahar, iaitu pertukaran nilai, sedangkan makanan pun perlu dibeli iaitu pertukaran nilai, dan harta perlu dizakat, tuntutan melakukan haji ialah wajib- sekiranya mampu. - saya tekankan sekiranya Mampu. Mana mungkin kita katakan dalam islam kita perlu diberikan pendidikan percuma hanya dengan membandingkan ceramah agama 2 jam dengan pelajaran 3 atau 4 tahun di peringkat tinggi. Harus dilihat konteks negara itu juga, taburan penduduk dan sebagainya. Saya kira negara kecil kaya raya dengan penduduk yg tidak ramai seperti Brunei mampu untuk memberikan pendidikan percuma dan tidak bankrap seperti Greece yang juga sebuah negara berkebajikan yang menyuapkan hidup gratis tanpa perlu berdaya usaha seperti kita di Malaysia. Yang Saudara perlu faham, ialah Harus wujud pertukaran nilai dalam setiap transaksi.

Itu yang cuba saya tekankan dalam artikel saya. harus ada nilai, apa nilai yang ditukarkan sekiranya semuanya diberikan percuma? Sekiranya saudara punya usul bagaimana para pelajar dapat men'justify' pendidikan percuma, saya dengan berbesar hati nya akan menulis memorandum untuk saudara agar dapat dihantar ke KPTM. Saya bekerja keras untuk menampung pengajian, bekerja di hujung minggu berdiri dari pagi sampai ke malam mempromosikan nescafe, revive demi mencari wang untuk menampung pengajian. Saya tidak pernah meminta wang ibu dan ayah kerana saya malu untuk menyusahkan mereka kerana saya tahu saya punya 3 lagi adik adik yg turut memerlukan perbelanjaan sekolah. Saya berjual di tengah panas di expo expo. Saya pernah menjual lampu mickey mouse di malam tahun baru. Dan saya bangga kesusahan yang saya lalui dapat menyara pembelajaran saya dan membantu keluarga dalam masa yang sama. Pada hemat saya semua pengorbanan saya telah Allah berikan ganjaran dengan bekerja di tempat yang sangat sangat seronok persekitannya, kesihatan ayah yang beransur baik, suami yang penyayang yang mengimamkan solah saya, adik adik yang berjaya pendidikan dunia dan agama, yang juga mampu mengimamkan solah kakaknya. Ini semua nikmat yang saya syukuri biarpun terpaksa bersusah untuk belajar. Kerana saya percaya, ada nilainya pelajaran itu. Dan Allah akan memberikan ganjaran bilamana selagimana kita berusaha. Kerana itulah adanya konsep dosa dan pahala. Ada ganjaran untuk usaha. Ada pertukaran nilai di situ. Allah tidak berikan ganjaran peruma saudara, tidak dicatatkan pahala free free ditangan kanan kita semua jika tidak ada kebaikan yang kita lakukan. Jadi apa yang memberikan idea kepada saudara yang pelajar pelajar di malaysia seharusnya diberikan pendidkan percuma walhal tiada pertukaran nilai yang diterapkan?

Saya mempersoalkan usulan memberikan pendidikan percuma ini kerana logik akal saya yang khilaf ni mengatakan, sekiranya semuanya diberikan percuma siapa yang akan menanggung kos pentadbiran universiti. Gaji ahli ahli akademik. Bil api air internet di universiti. Kos meyediakan library, computer lab. Kerajaan juga kah saudara. Sekiranya semua ini perlu ditanggung oleh kerajaan, dari mana datangnya duit itu saudara? Dan sekiranya para pelajar tidak sepatutnya meminjam dari Ptptn yang pada hemat ramai menjadikan pelajar berhutang, bagaimana pula dengan kos sara diri pelajar2 ini sekiranya yuran diberikan percuma. Dari mana datangnya duit sara diri? Makan minum nota, buku, petrol, motor kereta ,telefon, wifi, top up, sewa bilik, baju, laptop , nak beli baldi dan hanger juga memerlukan duit. Siapakah yang perlu menanggung anak anak satu malaysia ini? Kerajaan juga kah saudara? Kerana anak anak ini tidak sepautnya mengambil pinjaman ketika belajar, nanti berhutang, betul saudara? Untunglah anak anak yang dilahikan mewah dapat juga ibu ayah mereka menaja tapi saya kira ada juga nelayan tua yang perlu pergi jauh sikit ke tengah laut, dan buruh yang terpaks bekerja lebih masa demi menanggung anak tercinta. Apa usulan saudara? Apa perlu kita katakan oh tidak, pendidikan percuma diberikan hanya pd yang mampu? Bukan itu agenda nya kan. Agenda nya ialah percuma utk semua. - Sama macam air percuma utk rakyat, percuma sampai memakan diri. Maintenance fee pun tak dapat cover. Percuma percuma percuma.. Jadi tak perlu ada koperasi dalam universiti, kita biarkan saja kerajaan tanggung semua ini. Nak makan, silakan, kerajaan tanggung bfast sampai ke dinner sbb mana sumber wang anak anak ini. Oh tunggu, mungkin selepas pengajian percuma, akan ada demonstrasi, "perhimpunan kebangkitan elaun mahasiswa" menuntut elaun untuk belajar! Wow, jika ini lah apa yang mahu di impose di malaysia, akan berlambakkanlah graduan graduan tua yang tak mahu bekerja kerana lebih seronok hidup gratis daripada menempuh alam pekerjaan.

Itu belum masuk soal siapa yang menentukan siapa belajar dimana. Kerana percuma, saya sendiri akan memilih institusi swasta yang lebih kondusif dan selesa. Apa yang membezakan saya dan seorang lagi pelajar yang dihantar ke universiti tempatan? How do you justify who gets to go where. Opportunities should be made equal now right? Its free anyway right? Apa pula yang meletakkan saya di jurusan undang undang dan seorang rakan di jurusan engineering? Apa yang membezakan kami dengan pelajar nursing? Kalau percuma, mengapa tak semua kita mengambil kedoktoran je.. Peluang nya ada, yuran nya percuma. Wow, berapa ramai graduan yang akan dikeluarkan? Dan berlakulah lambakan pelajar yang terpaksa menganggur ekoran ketiadaan peluang pekerjaan. Dan perkara ini memang terjadi di beberapa negara yang memberikan pendidikan percuma. Apa usulan saudara kepada implikasi ini?

Saya tidak faham kelompok manusia yang bongkak menuntut itu dan ini. Kelompok yang sama juga yang bising bilamana kerajaan terpaksa menaikkan cukai, menaikkan harga petrol bila harga petrol dunia meningkat. Kelompok yang sama juga menuntut itu ini dan macam macam lagi. Dalam islam saudara, tangan yang memberi memang lebih mulia dari tangan yang menerima. Tapi tidakkah ada malu pada yang menerima sudahlah menadah malah menarik narik kain yang menerima. Saya lebih rela menjadi yang menerima apa adanya, tetapi bangun berusaha utk diri sendiri.

Penyelewengan adalah satu lagi issue yang dibawakan oleh saudara. Saudara, saya tidak menyokong penyelewengan , saya menyelar mereka yang melakukan penyelewengan. Tapi sedarlah saudara, ini bukan sahaja berlaku di dalam kerajaan sekiranya ada, ini berlaku di mana mana sahaja. Hatta namanya manusia, memang bersifat opportunist. Memang bersifat mementingkan kaum kerabat sendiri. Tidakkan saudara akan berbuat yang sama jika mengetahui ada peluang yang dapat diberikan kepada kenalan saudara with the impression yang dia mungkin dapat melakukan kerja itu dengan baik. Walaupun pada penghujungnya kita tidak mengetahui samaada itu halnya ataupun tidak. Saya juga berharap sekiranya berlaku penyelewengan pada dana Ptptn negara, hal ini harus diambil berat oleh pihak kerajaan. Perlu ada check and balance di situ. Perlu disingkirkan nila setitik yang merosakkan susu sebelanga ini.

Kronisme juga berlaku dan harus kita sedari, ia akan terus berlaku tak kiralah siapa pun yang memegang tampuk negara ini. Saudara bertanya pd saya, sanggup tak bayar pekerja sekiranya tak dpt buat kerja dengan baik, hmm, tapi saudara mahu kerajaan menaja anak anak satu malaysia, tanpa mempertimbangkan, mampukah anak anak satu malaysia ini belajar dengan baik sekiranya pelajaran sewenang wenangnya diberikan percuma. Apakah ini tidak merugikan kerajaan?

Ya, seperti kata saudara bodohlah saya jika memilih pemimpin yang tidak mempertahankan hak rakyat. Memang bodoh jika saya memilih untuk bersyukur dengan kerajaan yang mampu menyatukan rakyat, cina india dan melayu, natives of sabah sarawak, org asli, punjabi dan semua yang ada di Malaysia ini. Bodoh juga saya kerana bersyukur untuk tidak dikejutkan setaip pagi dengan bunyi bom ataupun riffle. Bodoh juga saya kerana bersyukur dapat pergi mencari rezeki dimana mana sahaja asalkan saya berusaha dan tidak melanggar undang undang. Bodoh juga kerana dapat mendengar laungan azan setiap waktu dan tiada halangan mengerjakan solah. Bodoh juga kerana saya memilih untuk membayar hutang ptptn saya kerana pada hemat saya, anak anak saya, anak anak bangsa saya, anak anak rakan cina dan india saya, anak anak malaysia pada amnya, satu hari nanti akan memerlukan kitaran wang ini untuk membayar harga buku mereka, harga photostate nota mereka, makan minum mereka. Bodohlah saya saudara, kerana mencintakan keamanan ini, kesejahteraan ini demi kelangsungan agama saya saudara. Apakah terjamin kelangsungan agama saudara bila pemimpin pun berbalah sesama mereka mengenai hal semudah penggunaan nama Allah swt? Hudud? Adakah negara Islam yang diperjuangkan akan benar benar Islam atau Islam yang letaknya dibelakang kepimpinan bukan Islam. Buka mata dan lihat tragedi kecil yang sedang dan sudahpun berlaku. Jangan ringan meletakkan agama sebagai sandaran politik. Agama untuk dijunjung, bukan untuk diperkotak katikkan antara "pemimpin2" dengan menyokong kebebasan beragama. Mungkin benar kata saudara, bodohlah saya kerana tidak mahu masa depan sebegitu untuk anak anak malaysia.

Jangan jadi Pak Pandir, kerana ayam seekor tergadai kampung.

Wsalam.. Wallahualam
credit to: Fiqa Mohammad 

p/s: aku sedang belajar untuk menjadi seorang yang lebih berdikari..amin..credit to my family especially aabh dan mak..

No comments: