Tuesday, 22 January 2013

Artikel - Stress





Stres @ berada dalam keadaan tertekan boleh difahami sebagai keadaan jiwa @ emosi yang mengalami pergolakan dan kegelisahan yang amat dalam. Menurut A dictionary of human Behaviour, stres atau tekanan atau keadaan tertekan ditakrifkan sebagai ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk mengendali suatu situasi. Ahli psikologi islam pula seperti al-Ghazali, al – Razi, Muhammad Uthman Najati, Muhammad ‘Izuddin Taufik, Samih Atif al-Zin dan Hassan Langgulung mentafsirkan stres sebagai tekanan emosi dari sudut kegelisahan jiwa @ emosi manusia seperti gelisah, kecewa, bimbang keterlaluan dan takut.
Punca utama adalah sifat ego yang tinggi menyebabkan mereka ini enggan berkongsi masalah @ kekalutan yang sedang dialami. Maslah dan kekalutan ada ketikanya berpunca daripada ahli keluarga sendiri sama ada isteri, anak, ibu bapa malah sanak saudara dan rakan – rakan. Ada juga berpunca daripada teman wanita. Mereka ini dikaitkan pula dengan masalah kewangan @ kerjaya.  Secara mudah, tiga punca lelaki tertekan disebabkan faktor hubungan, kewangan dan konflik dalam diri.
Beranggapan diri sebagai ketua keluarga, ego yang tinggi meletakkan dirinya sebagai perlu berada di tahap yang tinggi, tidak boleh dipandang rendah @ lemah.  Kekerasan melampau membuatkan lelaki seperti ini sukar didekati dan ditakuti. Apabila tiba stu peringkat, ketakutan orang lain akan berubah menjadi tidak hormat dan mula melawan maka menambahkan tekanan kepada si lelaki.
Lelaki yang tidak menerima layanan  seksual sewajarnya juga mudah tertekan. Kerjaya @ kewangan juga menjadi punca tekanan. Kegagalan memenuhi tanggungjawab sebagai suami dan ayah akan teetekan disebabkan kegagalannya memenuhi tanggungjawab tersebut. Kegagalan isteri dan ahli keluarganya lainnya memahami dirinya menambahkan tekanan.

Tips kurangkan tekanan
1.       Berfikiran positif
2.       Menilai diri
3.       Uruskan masalah
4.       Kawal ego dan emosi

Diadaptasi daripada artikel dari Kosmo Jumaat 18 Januari 2013
Oleh Suzanna Ghazali
Psikologi Keluarga & Guaman Syarie

No comments: