Tuesday, 15 January 2013

~~ menghormati & kesabaran ~~

menurut Kamus Dewan - Edisi ke4 hormat membawa erti :
mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dgn 
memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim
 manakala,


menurut Kamus Dewan - Edisi ke4 sabar membawa erti :
tidak lekas marah atau tidak lekas putus asa,
kuat menghadapi se­suatu kesakitan

rasanya semua orang tahu apa itu kesabaran dan apa itu menghormati..aku nak sentuh satu perkara yang membuka mata kau sebentar tadi..ianya berlaku dalam kehidupan seharian kita..wlaaupun tanpa kita sedari kita tetap melakukannya..antara dua sifat yang mahmudah ini ianya saling berkaitan..sebagai contoh:
Amin dimarahi oleh ketuanya setiap hari..
namun atas sifat menghormati ketuanya itu,
dia bersabar dengan kerenah ketuanya.
tapi kadang - kadang aku terfikir juga..kita terlalu menghormati tapi kalau bukan kesalahan kita..adakah kita akan terus menunduk kepala? adakah kita akan terus membisu? adakah kita akan terus bersabar dan menghormati jika kepala kita dipijak - pijak?

peristiwa hari ini betul - betul membuka mata aku..kesabaran aku ada batasnya..sekiranya kita ditindas aku rasa tidak salah sekiranya kita membalas balik walaupun setinggi mana kita menghormatinya sebagai majikan @ orang tua @ orang kaya @ sesiapa sahaja dimana kita berhak untuk mempertahankan pendirian kita walaupun di mata orang ianya sememangnya kurang ajar dan tidak sopan..biasala manusia memang sering melakukan kesalahan walaupun kita tahu kita boleh hindari dari buat benda sama berulang kali..bila benda kecik diperbesarkan sampai timbul ketidakpuashatian..maka berlakulah pertengkaran seterusnya boleh bergaduh, bertumbuk, dan mungkin ke pringkat bunuh membunuh..

bagi aku semuanya perlu kembali ke asas yang betul..masing - masing perlu bermuhasabah..jangan cepat melenting..banyakkan beristighfar..ingat Allah..

Treat everyone with kindness and respect,
even those who are rude to you, not because
they are nice, but because you are.
BY ANONYMOUS

No comments: