Tuesday, 22 January 2013

Oh My Rozita!



Kuala Lumpur: “Insya-Allah, saya mungkin mendirikan rumah tangga bersama Rozita, Disember depan. Semuanya masih dalam perancangan dan bergantung pada rezeki.
“Untuk pengetahuan, saya juga bersedia menerima dua anaknya tambahan pula sudah tiga tahun mengenali hati budi aktres itu,” kata pelakon, Zain Saidin, 29.
Itu kata putus diberikan pelakon utama drama ‘Oh My English’ sejurus ditanya mengenai hubungannya bersama pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42.
Industri hiburan tanah air sebelum ini bagaikan ‘lali’ apabila sering dihujani gosip liar menimpa ke atas Rozita sejurus dikaitkan hubungan cinta bersama selebriti tempatan termasuk orang kenamaan. Antara yang pernah dikaitkan pelakon itu adalah Shahir (juara Akademi Fantasia 8), aktor Beego dan beberapa ahli perniagaan.


Namun, penjelasan diberikan Zain kepada Harian Metro, semalam seakan-akan menghentikan gosip liar terhadap Rozita sejurus dia membuat keputusan menerima pelakon itu sebagai isterinya yang sah.

p/s : abislah hati2 lelaki dalam Malaysia ni..hahaha..nasib baik aku dah nak kawin ujung minggu ni..hahaha

No comments: