Thursday, 10 January 2013

Antara Pitch Perfect, Tai Chi Zero, Tai Chi Hero & Strawberi Cinta..

At last..aku dapat melihat keempat - empat movie yang dah lama aku donlod tapi x kesampaian sebab masa yang men'cemburui' aku..hahaha..aku melantak cerita - cerita ni berturut - turut sampai mata aku pun jadi macam panda..


Nasib baik aku cuti keesokkannya..lepas subuh aku melantak tido..hahaha..by the way..aku memang teruja bila nak lihat semua - semua cerita ni..mengikut apa yang direview oleh para 'pengkritik filem' yang terer - terer belaka..maka aku assume sume cerita ni boleh tahan la..

So aku memulakan pengembaraan aku dengan menonton cerita 'STRAWBERI CINTA' lakonan Pierre Andre & Norliyana Samsuddin dan dibantu oleh Diana Amir & Along..


"Filem ni mengisahkan tentang seorang pelancong dari Jepun iaitu Ichigo Yamada datang melawat Malaysia bersama rombongan agensi pelancongan Strawberry Vanilla Travel & Tours. Pelbagai keindahan Malaysia diperkenalkan kepadanya, namun Ichigo datang dengan harapan mencari sesuatu yang telah lama hilang dari hidupnya"
 TRAILER
Bagi aku cerita ni kurang menyengat berbanding cerita - cerita Yana & Piere yang lain..jalan cerita yang ringkas, santai namun tiada kekuatan pada akhir cerita..awal cerita amat membosankan sehingga aku tertido sekejap..serius! Hanya aksi manja & kiut dari Yana yang buat aku segar..hahaha..abis cerita ni yang hanya memakan masa 30 jam je aku tengok coz skip - skip..hahaha.. 

Dari cerita romentik komedi aku meneruskan perjalanan panggung wayang aku dengan menonton cerita 'TAI CHI ZERO' & 'TAI CHI HERO'..sebuah cerita aksi komedi yang menyegarkan minda aku kerana jalan cerita yang menarik dan aksi berlawan yang mantap hasil gabungan pelakon lama & baru di bawah arahan Stephen Chung..
 



"Filem ni mengisahkan seorang pemuda Luchan yang ditakdirkan menjadi seorang pahlawan terbilang..namun atas masalah kesihatan dia x mampu untuk mengawal kekuatan diri yang makin hari memakan dirinya sendiri..dia mengembara ke sebuah kampung atas nasihat doktor yang merawatnya untuk mempelajari seni ilmu dalaman yang kini dikenali sebagai Tai Chi..sambungan cerita ini pula mengisahkan Luchan yang sudah mempelajari ilmu persilatan itu membantu tok gurunya memepertahankan kampung itu..pelbagai masalah timbul akibat daripada persengketaan antara penduduk kampung dan wakil pihak british"
TRAILER


 Lepas aku tengok cerita 'TAI CHI ZERO' ni..aku terus terpikat untuk menyaksikan sambungannya 'TAI CHI HERO' plak..memang tidak menghampakan..dengan sentuhan aksi daripada Sammo Hung aku dapat rasakan aksi - aksi yang menarik..dah lama aku x layan cerita kungfu selain daripada cerita Jackie Chan..aku mula - mula konfius sebab ada dua tajuk cerita yang hampir sama - Zero & Hero..last - last baru aku faham ada kesinambungan antara dua filem ni..memang menarik walaupun nampak biasa tapi dari segi grafik & aksi memang better! recommend to watch!

Akhirnya, selepas selesai dan berehat sebentar untuk sembahyang dan buat air minuman..aku terus plak tengok cerita musikal romantic comedy 'PITCH PERFECT'..seriusly memang best! 10 stars out of 10! Kalau korang minat 'GLEE'..mesti korang akan suka style cerita ni..but for me 'PITCH PERFECT' is a lot better dari 'GLEE'..

"Mengisahkan tentang sekumpulan remaja bergelar Bellas, yang memasuki pertandingan a cappella..pada mulanya tewas dan akhirnya memasuki semula pertandingan yang sama dengan ahli - ahli yang baru..Pelbagai ragam dan kerenah terjadi sepanjang perjalanan mereka untuk memenangi pertandingan yang menjadi rebutan ramai kumpulan termasuklah Treblemakers, musuh tradisi kumpulan Bella."


The best! aku akui cerita ni memang penuh dengan nyayian yang mantap - mantap belaka diselit pula dengan lawak - lawak ringan terutamanya watak Fat Amy & Lily Onakuramara. Lakonan watak utama Anna Kendrick & Skylar Astin memang bagus..setiap watak menyanyikan lagu - lagu yang memang hits dan diubah menjadi style mereka sendiri..i give 15 stars from 10 stars! why? sebab cerita ni memang terlalu bagus dan menarik untuk ditonton oleh semua orang! aku harap ada cerita yang sebegini di amsa hadapan..mana tau Malaysia nak buat benda yang sama tapi jangan nak tiru plak sebijik - bijik..macam 'Hotel Mania'..pergh!

No comments: