Monday, 14 January 2013

kisah secucuk sate & telur lalat

aku bukan nak menutup PERIUK NASI ORANG tapi kalau berniaga nak untung je..baik x payah berniaga betul x? semalam aku dah lama tak lepak kat satu kedai makan ni..before this memang ok la cara dia berniaga..tapi semalam memang mengecewakan aku..sangat - sangat mengecewakan..kisahnya bermula apabila...TRRRIIIINNNNNGGGG ting ting ting...(bunyi flashback cerita)

dengan perut yang berbunyi..aku terus meng'order' sepinggan sate 10 cucuk yang bagi aku ok lah untuk dimakan di kala perut yang bergerincing menandakan sudah masuk waktu makan bagi kawasan - kawasan perut aku dan yang sewaktu dengannya..

tanpa rasa bersalah aku terus menambah 'order' sepinggan nasi goreng dan air mangga 'blended' . so x sampai dalam 15 minit semua yang di'order' selamat sampai di meja makan aku..tanpa rasa segan silu..aku terus meneruskan hasrat aku untuk menyelesaikan perut aku agar tidak berbunyi lagi 'alarm'nye..
aku meneruskan sesi motivasi permakanan aku dengan mencapai secucuk sate..namun belum sempat aku menjamahnya..tangan aku ditahan oleh yang tersayang..
 "abe..jange make sate 2..ada telur lalat tue.." ujarnya dengan manja - manja kucing..
"apa? ada telur lalat?" aku kehairanan lalu membelek - belek sate daging yang dibakar dengan eloknya..wah! terkejut sakan aku dibuatnya..berkumpul..terletak cantik telur lalat di celah - celah daging tue..pergh! terus merudum nafsu makan aku..lalu yang tersayang mengadu kepada si pelayan..lalu si pelayan mengambil sate itu untuk ditukar ganti..aku rasa la..namun tanggapan aku meleset sama sekali..dia hanya membuang telur lalat itu dan membakarnya semula!! Wah! ni sudah melampau..namun aku tahankan jua demi menjaga air muka si pelayan itu..
dengan selera aku yang terbantut..walaupun aku x bantut mana..hanya rendah dari segi ketinggian sahaja terus membayar harga makanan tersebut..aku berharap si peniaga lebih telus dalam menjalankan perniagaan..bila kita meniaga betul - betul ikhlas barulah perniagaan kita tue berjaya..ni aku tengok makin kurang orangnye..mungkin petang lagi..xtau la bila malam karang mungkin ramai..tapi aku rase kurang kot sebab dengan televisyen yang macam x ikhlas je kasi orang tengok..x orang nak lepak tengok bola kot..anyway..ini adalah kali terakhir aku untuk menghabiskan masa petang aku di kedai tersebut..

maaf..aku bukan x nak kasi tau kedai mana..aku xnak menyusahkan orang lain..cumanya aku berharap sangat - sangat si peniaga tue berniaga biar molek..baru pelanggan terus setia..

No comments: