Thursday 5 September 2013

aiseh...up..up & away lagi..


baru nak pakai RON 97..tetiba pengumuman naik pulak..naik basikal jugak aku akhirnya..hahaha..




Harga baru diselaras ikut pasaran dunia: FDAM
Harga petrol Gred RON97 naik 15 sen kepada RM2.85 seliter mulai tengah malam tadi.  Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman, berkata harga RON97 diselaraskan susulan kenaikan harga minyak dunia, selain ringgit yang susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). 
  
Apungan terkawal 
Harga jualan runcit RON97 tidak disubsidikan kerajaan, sebaliknya ditentukan menerusi apungan terkawal, yang mana harga bulanannya akan berubah mengikut pasaran. Harga minyak dunia kini meningkat dengan minyak mentah Brent, meningkat kepada AS$115.56 setong berikutan kebimbangan terhadap ancaman Amerika Syarikat menyerang Syria yang akan menjejaskan bekalan minyak Asia Barat. 
  
Mei lalu, harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan 20 sen seliter kepada RM2.70 sen berikutan penurunan harga petrol dunia. Pada pertengahan tahun lalu, kerajaan menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80. Penurunan harga petrol tidak bersubsidi itu bagaimanapun masih meletakkan Malaysia dalam kalangan negara yang menawarkan harga bahan api itu pada kadar rendah berbanding negara jiran. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa kelmarin.


sumber: 





No comments: