Thursday, 29 August 2013

HARI INI DALAM SEJARAH - 29/08/2013

PENGISYTIHARAN PENETAPAN HARI MALAYSIA DITANDATANGANI

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1963, DYMM  Yang  di Pertuan  Agong,  Tuanku  Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalulail  telah menandatangani  pengisytiharan pemasyhuran 16 September 1963 sebagai Hari Malaysia. Perisytiharan ini perlu dilakukan  lebih  awal  kerana persetujuan  yang  dicapai  di London  pada  9  Julai  1963 antara kerajaan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan British menetapkan bahawa  penubuhan  Malaysia  adalah  pada  31 Ogos 1963, sedangkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat menyiapkan laporannya sebelum 31 Ogos 1963.  Oleh itu, penubuhan Malaysia perlu ditangguhkan sehingga laporan tersebut  siap, yang dijangkakan  pada  14  September 1963.

Berikutan  daripada  ini  Malaysia  berjaya ditubuhkan  pada 16 September 1963, ini  kerana  majoriti penduduk di Borneo Utara dan Sarawak bersetuju dengan penubuhannya. Sesungguhnya,  Kemahuan rakyat mengenai  penubuhan  Malaysia telah ditunjukkan menerusi laporan Suruhanjaya Cobbold dan disahkan oleh perwakilan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.




Wednesday, 28 August 2013

cara terbaru hilang rasa bosan..


kat Malaysia ni terlalu banyak Traffic Light..so untuk mengurangkan rasa bosan anda bolehlah tiru gaya ni k..

satu jadi DUA?

adakah anda sudah berkahwin? 

sudah bertunang? 

atau masih seminggu ber'couple' 
tapi dah declare dalam youtube

MAHU KONGSIKAN KEBAHAGIAAN BERSAMA TERSAYANG?

TAPI IANYA HANYA UNTUK YANG SUDAH ADA IKATAN HUBUNGAN YANG SAH DI SISI AGAMA YE.. :-)

HARI MERDEKA - 56 TAHUN

tinggal 3 hari sahaja lagi untuk kita menyambut hari kemerdekaan kita yang ke 56 tahun..anda tahu tema untuk tahun ni? 

Tuesday, 27 August 2013

kurangkan duduk...lebihkan berjalan....


anda tahu duduk boleh mengakibatkan beberapa komplikasi kesihatan? knowledge baru bagi aku..




musim panas = MAKAN AISKRIM!

kadang - kadang bila tiba musim panas yang melampau tekak rasa kering je walaupun dah bergelen minum air mineral yang diisi dalam botol...


tapi bila badan dah besar macam aku ni kuantiti yang diperlukan pun tinggi...kalau boleh nak sumbat je saluran air masuk dalam mulut terus...hahaha...



merelease tension atas bukit..pantai..udara..

Lepas - lepas raya ni otak tepu skit walaupun dah masuk kerja..banyak kerja yang tertangguh sebelum raya hampir aku selesaikan..walaupun begitu aku memerlukan rehat yang betul - betul selesa tanpa perlu memikirkan apa - apa pasal kerja yang semakin hari semakin serabut aku tengok..perlu membetulkan mana - mana wayar yang dah terputus..kasi elok skit..servis cantik balik..lepas ni mintak - mintak lebih bersemangat skit nak bekerja..


Monday, 26 August 2013

ruang sempit?

aku tahu ramai yang masih mahu menghias kawasan rumah mereka walaupun mempunyai ruang yang agak limited macam apartment..flat..mahupun kondo(kecik ke?) 

pasti anda akan teruja bila melihat produk - produk yang memang terbaik untuk kediaman anda..

Sunday, 25 August 2013

SAMPAH itu SENI?


kalau anda rasa anda orang yang suka buang sampah merata - rata..pikir - pikirkanlah sebab ianya bole menjadi seni..huahuahuahua..

tak percaya?


HARI INI DALAM SEJARAH - 25/08/2013

25/08..turut tercalit beberapa peristiwa suka duka Malaysia..memandangkan kemerdekaan akan menjelang tiba..pastikan semangat PATRIOTISME anda sentiasa ada dalam diri..sayangkan Agama, Bangsa dan Negara..semoga semuanya sejahtera hendaknya..
"...merdeka itu bukanlah suatu bendayang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan."
- Tunku Abdul Rahman

"...Hari Merdeka ialah hari Kebangsaan kita. Marilah kita membanggakan negara kita dan sentiasa berjaga-jaga supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman Kebangsaan yang sempit. Jika fahaman Kebangsaan yang sempit itu dibiarkan hidup dengan perasaan yang meluap-luap maka sifat bertolak ansur dan tali persahabatan kita dengan negeri- negeri lain yang bebas akan terkecewa. Dengan yang demikian maka terganggulah keamanan dan ketenteraman dunia...."
- Tun Abdul Razak

"Di zaman kursus kilat dan massa komunikasi moden, kebanyakan orang ramai, istimewa pemuda pemudi tidak begitu pandai menghiburkan diri sendiri dengan membaca buku. Tambahan lagi, di zaman ini orang sentiasa mencari jalan pendek untuk pandai. Sebenarnya, tamadun manusia di beberapa zaman dan di beberapa benua membuktikan bahawa kita hanya boleh mendapat pengetahuan dengan selalu membaca serta berfikir panjang dalam jangka masa yang lama. Tidak kursus kilat untuk menjadikan seseorang itu waras serta cerdik sekelip mata."
- Tun Hussein Onn

"...bukan kecil tugas kita; meneruskan perjuangan kemerdekaan kita; kerana rupanya selain kemerdekaan; mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara..."
 - Tun Dr. Mahathir Mohamed


Saturday, 24 August 2013

Hari Ini Dalam Sejarah - 24/08/2013

Pada hari ini 24.8.1974, Pilihanraya Umum Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri kecuali Dewan Undangan Negeri Sabah telah diadakan pada 31 Julai 1974. 
Pilihanraya ini diadakan untuk memilih wakil-wakil bagi memenuhi 154 buah kerusi Dewan Rakyat dan 360 buah kerusi Dewan Undangan Negeri yang berkenaan. Pilihanraya umum 1974 ini merupakan pilihanraya umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri kali ke-4 yang diadakan di Negeri-Negeri Tanah Melayu semenjak mencapai kemerdekaan dan kali ketiga semenjak Malaysia ditubuhkan. 
Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak pula, pilihanraya 1974 ini adalah pilihanraya secara langsung kali kedua diadakan bagi memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat. Ini adalah juga kali kedua pilihanraya diadakan secara langsung untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Undangan Negeri Sarawak. Pilihanraya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri kecuali Dewan Undangan Negeri Sabah diadakan serentak pada hari ini dalam tahun 1974. 
Walaupun pengundian di Negeri-Negeri Tanah Melayu telah dapat dilangsungkan dalam sehari, namun oleh kerana adanya masalah perhubungan dan pengangkutan, pengundian di negeri Sabah dan Sarawak telah berlangsung berperingkat-peringkat dan ia telah mengambil masa selama dua hingga tiga minggu sebelum ianya dapat ditamatkan. Daftar pemilih yang digunakan untuk pilihanraya umum 1974 ialah daftar yang disemak dalam tahun 1973 dan telah disahkan pada 3 Julai 1974, daftar-daftar ini telah disusun mengikut bahagian-bahagian pilihanraya baru. 
Daftar ini mengandungi pemilih berjumlah 4, 130, 032 seperti berikut :- 
Negeri-Negeri Tanah Melayu  3,523, 681 
Sabah    230, 469 
Sarawak    375, 882

Calon-calon dari lapan buah parti siasah telah bertanding dan hanya calon dari 4 buah parti yang telah mencapai kejayaan, yang lainnya telah gagal untuk memenangi satu kerusi pun. 
Bilangan kerusi Dewan Rakyat yang diperolehi calon dari parti-parti yang berjaya dalam Pilihanraya 1974 ini ialah:
 
Parti                                                       Bilangan kerusi                             
Barisan Nasional                                         135 
Parti Keadilan Masyarakat                           1     
Parti Tindakan Demokratik                           9     
Parti Kebangsaan Sarawak                            9              
Sesungguhnya pilihanraya tahun 1974 ini telah dilancarkan dengan aman dan sempurna. Kemenangan yang dicapai oleh Parti Barisan Nasional menunjukkan bahawa rakyat negara ini telah menaruh keyakinan teguh atas parti Barisan Nasional yang telah berjaya mewujudkan satu negara maju dan bersepadu.

sumber: Arkib Negara

Friday, 23 August 2013

Khutbah Jumaat 23/08/2013

Kunjungan pada awal pagi, tengah hari dan tengah malam tak sesuai kerana ia masa beristirahat
 
Pada bulan Syawal yang mulia ini, umat Islam masih dengan kehangatan menyambut Aidilfitri selepas sebulan berpuasa. Dalam keghairahan menyambut Syawal, pelbagai aktiviti disusun untuk memeriahkan sambutan seperti amalan berziarah, mengadakan kenduri, rumah terbuka dan sebagainya.
 
Amalan berziarah amat dituntut dalam Islam, apatah lagi dalam bulan Syawal sempena sambutan hari raya ini. Bahkan, Aidilfitri memberi peluang dan ruang yang luas untuk kita mempraktikkan ajaran Islam melalui konsep berkenalan dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama Muslim.
Perkara ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10 bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.
Oleh yang demikian, amalan ziarah bukan saja untuk mengeratkan hubungan sesama Muslim, tetapi ke arah pembentukan semangat perpaduan di kalangan umat Islam itu sendiri.

Satu-satu kaum itu tidak dapat bersatu padu sekiranya tiada semangat perpaduan dan tidak wujud perasaan hormat-menghormati sesama Muslim atau bukan Muslim.

Nabi SAW menggambarkan bagaimana rapatnya hubungan antara individu Muslim dengan orang lain. Keimanan seorang Muslim itu mempunyai kaitan yang sangat rapat dan tidak dapat dipisahkan dengan kasih sayang antara mereka.
Jika tidak wujud kasih sayang antara anggota masyarakat, sudah pasti sukar untuk membentuk perpaduan yang kukuh. Malah, perasaan kasih sayang sesama Muslim akan mengukuhkan lagi tali persaudaraan sesama mereka.

Amalan ziarah dapat merapatkan hubungan yang renggang, mendekatkan yang jauh, mendamaikan antara individu yang bersengketa, mempertautkan kasih-sayang, mengikis perasaan benci dan menghilangkan segala hasad dengki.

Walaupun demikian, sudah menjadi lumrah anak dibiarkan oleh ibu bapa untuk menonton televisyen di rumah berbanding diajak bersama untuk menziarahi sanak saudara.

Sedangkan tindakan itu, bukan saja menjauhkan anak kita daripada mengamalkan sunnah Nabi SAW, malah secara tidak langsung merenggangkan hubungan mereka dengan ahli keluarga yang lain.

Kurang ambil berat renggang hubungan
 
Bahkan menyebabkan anak-anak juga tidak memandang berat mengenai hubungan kekeluargaan serta menyisihkan diri daripada bergaul dengan orang lain.

Oleh itu, peranan ibu bapa amatlah penting bagi mendidik anak-anak supaya memandang berat soal hubungan silaturahim sesama ahli keluarga dan sanak-saudara.

Jika orang sihat pun disuruh untuk menziarahi apatah lagi orang yang sakit. Apabila amalan ini dipraktikkan, sudah pasti individu yang sakit itu akan merasakan bahawa dirinya diingati dan dihargai.

Dengan lahirnya perasaan gembira di dalam hati pesakit sudah pasti boleh membawa kepada ketenangan jiwa dan cenderung kepada kesembuhan daripada penyakit yang dialami.

Bukankah banyak hadis Nabi SAW yang menceritakan mengenai galakkan untuk menziarahi orang yang sakit?

Bukankah dengan berziarah kita sebenarnya menyempurnakan hak yang patut diperoleh oleh saudara kita?
Hayatilah hadis ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah ra, bermaksud: “Hak seorang Muslim ke atas Muslim yang lain ada lima iaitu: menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan atau jemputan dan mendoakan orang yang bersin”.
 
Adab dalam memenuhi tuntutan ziarah
Dalam memenuhi tuntutan menziarahi, kita perlulah memelihara adabnya supaya pelaksanaan tuntutan itu sejajar dengan kehendak syariat. Antaranya, pertama: Meletakkan niat ziarah kerana Allah SWT untuk mengeratkan lagi hubungan, silaturahim tidak kira antara orang kaya ataupun miskin.
Menghubungkan silaturahim itu adalah satu tuntutan dan mempunyai banyak kelebihannya.  Dalam hadis riwayat al-Bukhari daripada Anas bin Malik ra berkata Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung tali silaturahim”.
Kedua, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah sama ada menziarahi orang sakit, jiran tetangga, adik-beradik atau sahabat handai. Elak daripada mengunjungi pada awal pagi, tengah hari dan tengah malam.

Hal ini kerana pada kebiasaan waktu tersebut adalah waktu beristirahat atau persiapan untuk keperluan ahli keluarga. Firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 58:
Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah solat Isya’, itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya).

Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (yang menjelaskan hukum-hukum-Nya) dan (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
Ketiga, apabila bertemu dengan tuan rumah, digalakkan untuk mendahului dengan mengucapkan salam dan seterusnya berjabat tangan dengan tuan rumah, dalam hadis riwayat Abu Daud, daripada al-Barra’ ra, Rasulullah bersabda:
“Tidaklah dari kalangan dua orang Islam yang bertemu, lalu berjabat tangan bersalaman kecuali kedua-dua mereka diampunkan dosa sehingga sebelum mereka berpisah”.
Keempat, bertanya khabar dan tidak bercakap perkara yang mencemarkan kesucian menyambut Aidilfitri sehingga menimbulkan rasa tidak senang orang yang dikunjungi.

Kelima, memelihara diri daripada perlakuan dan tindakan yang tidak baik sewaktu menziarahi kerana perbuatan tersebut boleh mengganggu atau tidak disenangi oleh tuan rumah.

Keenam, elakkan daripada bersikap sombong, riya’, takabbur dan bongkak. Sewajarnya perasaan bangga diri dan bersikap menunjuk-nunjuk kesenangan yang ada. 

Khutbah dipetik dari laman web Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
 
 
sumber: bharian 

french fries instant!



woohooo!  kalau ada benda ni kat malaysia pasti beratur panjang...yela kentang goreng atau bahasa omputihnya FRENCH FRIES jangan tersilap pulak dengan FRENCH TOAST..huahuahua..


Thursday, 22 August 2013

AL - FATIHAH...

sebelum apa - apa marilah kita bersama - sama membaca Al-Fatihah kepada keluarga si mangsa..



Takziah buat keluarga mangsa kemalangan bas di Jalan Genting Highlands - Kuala Lumpur

Wednesday, 21 August 2013

LG retro tv..solid!

bagi penggemar barang antik mungkin x berapa minat..tapi bagi jenis yang sukakan retro dalam suasana moden anda perlu memiliki produk terbaru daripada LG ni..memang menarik untuk korang jadikan salah satu koleksi untuk ruang rehat rumah korang..kalau mampu milik aku rembat la satu nanti!




science are FUN!




tengoh sibuk melayan YOUTUBE tetiba plak terklik..terklik..diulang terklik..bukan video pelik tapi video menarik mengenai SAINS..dulu aku ada gak belajar sains..siap amik FIZIK, KIMIA & BIOLOGI..last - last tak sangkut paut dengan semua tue..jadi AKAUNTAN sepenuh masa plak..huahuahua..

tapi bila layan video - video ni macam best plak..pelbagai info untuk kita pelajari walaupun hanya berdurasi beberapa minit sahaja..memang menarik untuk ditonton..channel AsapSCIENCE ini dipelopori oleh 2 orang yang berjiwa sains Mitchell Moffit dan Gregory Brown dan mereka memberi pelbagai maklumat yang berguna  untuk kita ketahui dengan cara yang seronok dan menarik..

antara video yang menarik perhatian aku ialah ujian pendengaran telinga..



dan juga video mengenai kitaran sisa buangan kita..ehek..ehek..

 

p/s: ilmu takkan pernah habis selagi nyawa kita masih ada...so let's learn new things together!

bulan! oh bulan!

Bulan Ramadhan dah lepas..sekarang ni Bulan Syawal plak..lepas ni timbul pulak Bulan Zulkaedah..

tapi aku bukan nak cerita pasal bulan islam
ataupun laman web sensasi dan terhangat OHBulan
ataupun mengenai kedatangan 'bulan' bagi kaum wanita..

bukan..bukan..bukan
salah tanggapan korang

aku nak kongsi tentang bulan yang pelik dari yang lain..
 bulan ni tak wujud dalam mana - mana kalendar..
termasuklah kalendar atas meja korang..
ataupun kalendar dalam handset canggih korang..

Tuesday, 20 August 2013

The Conjuring..


Selepas menonton filem The Conjuring di TGV MINES akibat mendapat tiket free dari ZALORA (terima kasih ZALORA)..hati aku berdegup dengan lebih laju daripada biasa seperti kuda jantan menghentak kakinya....walaupun aku tahu semuanya adalah mainan perasaan tak lebih dari itu tapi aku masih terasa setiap bulu roma aku menegak bagaikan tiang - tiang besi tercucuk di setiap kulit aku ni..begitu mendalam kesan menonton cerita The Conjuring ni....adakah anda sudah menontonnya?



HARI RAYA..

hari raya sudah pun mencecah minggu kedua..masih lagi merancang tarikh untuk 'OPEN HOUSE'?


Tahun ni aku & isteri masih belum berkemampuan untuk melakukannya..tiada masa yang sesuai untuk menjamah sanak saudara dan jiran tetangga..Insyaallah..tahun depan kiteorang akan buat grand..siap masuk TV1 dan akhbar SINAR HARIAN lagi..



Monday, 19 August 2013

menangani STRESS!!!!!

 
 stress! stress! 
tangani stress dengan cara yang terbaik..



NIHILISM..

anda tahu apa itu nihilism?bagi yang tidak tahu mari kita tambah info skit k..

menurut WIKIPEDIA
Nihilism (/ˈn.ɨlɪzəm/ or /ˈn.ɨlɪzəm/; from the Latin nihil, nothing) is the philosophical doctrine suggesting the negation of one or more putatively meaningful aspects of life. Most commonly, nihilism is presented in the form of existential nihilism, which argues that life is without objective meaning, purpose, or intrinsic value.Moral nihilists assert that morality does not inherently exist, and that any established moral values are abstractly contrived. Nihilism can also take epistemological or ontological/metaphysical forms, meaning respectively that, in some aspect, knowledge is not possible, or that reality does not actually exist.The term is sometimes used in association with anomie to explain the general mood of despair at a perceived pointlessness of existence that one may develop upon realising there are no necessary norms, rules, or laws.Movements such as Futurism and deconstruction,among others, have been identified by commentators as "nihilistic" at various times in various contexts.
(adalah doktrin falsafah yang mencadangkan penafian satu atau lebih aspek kewujudan makna kehidupan. Nihilisme dibentangkan dalam bentuk kewujudan, yang berhujah bahawa hidup tanpa erti objektif, tujuan, atau nilai. Moral intrinsik menegaskan moral yang memang tidak wujud, dan bahawa mana-mana nilai moral yang ditubuhkan adalah abstrak tersusun. Nihilisme juga boleh mengambil bentuk ontologi epistemologi atau metafizik, bermakna setiap yang ada dalam beberapa aspek, pengetahuan tidak mungkin, atau realiti yang sebenarnya tidak wujud. Kadang-kadang ia digunakan dalam persatuan dengan Anomie untuk menjelaskan perasaan putus asa yang dilihat wujud pada seseorang boleh dibangunkan apabila menyedari tidak ada norma yang diperlukan, peraturan, atau undang - undang.)

senang cerita..NIHILISM adalah seorang yang hidup tanpa ada objektif diri..motivasi..panduan mahupun cita - cita..bagi mereka hidup ini adalah sesuatu yang abstrak tanpa perlu memikirkan apa - apa..mungkin orang sebegini adalah seorang yang depressed atau mudah putus asa..




Sunday, 18 August 2013

akhirnya..pelancaran untuk Proton Suprima S..



sebelum ni aku post mengenai desas desus untuk keluaran terbaru Proton..semalam adalah pelancaran untuk produk terbaru daripada syarikat tempatan itu sendiri...diberi nama sebagai PROTON SUPRIMA S..yang kalau diikutkan selepas direview oleh otai - otai kereta bagi aku ok la..cume nanti aku nak try on the road plak..mana tau ter'sangkut' boleh mohon loan terus..hahaha..tapi kena tunggu respon dari para pengguna lain..kalau review nampak menarik dan mengancam akan dipertimbangkan..kalau so - so aku kena pilih alternatif lain..hahaha..

the champions roar again!

Tahniah buat David Moyes kerana berjaya memenangi 2 games berturut - turut dengan semalam adalah kemenangan pertama untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris..





Saturday, 17 August 2013

BALIK TANPA SESAT?


anda pasti tertanya - tanya pasal kasut yang berlampu - lampu ni..yang pasti ini bukan kasut seperti yang biasa kita lihat pada kedai - kedai kasut yang menjual kasut LIP LAP kanak - kanak 2..hahaha..ini lagi spesel!

Thursday, 15 August 2013

proton SUPRIMA S!

WWWOOOHHOOOO!
akhirnya terjawab sudah selepas sekian lama berteka teki dengan model terbaru Proton
sebelum ni para penggemar kereta menanti - nantikan Preve Hatchback terbaru yang kini sah dengan namanya yang tersendiri..


kalau instagram wujud di dunia Disney....


ape kata anda kalau dunia fantasi Disney juga tergila - gila pada aplikasi Instagram?


HOSPITAL yang bukan HOSPITAL

apa perasaan korang kalau makan di kafeteria di hospital atau klinik - klinik di sekitar anda?

ada bau ubat yang kuat? 
kawasan yang sangat - sangat bersih?
penuh dengan misi - misi yang comel?
penuh dengan doktor - doktor pelatih yang hensem?

korang boleh rasa semua tue di Latvia tanpa ada perasaan bau ubat yang kuat..
tapi masih ada misi - misi yang comel dan ehem..seksi meksi la skit..hahaha


magic mirror vine!

wooohhhhhoooo!!

magic siut!
hahahahahaha!




Wednesday, 14 August 2013

METALLICA LIVE IN MALAYSIA!


sapa yang tak kenal dengan Rock Band yang terkemuka satu dunia ni..semua orang pasti teruja kalau dapat tengok konsert ni..nak - nak kalau tiket free! hahaha..lagi teruja...kakak aku adalah peminat setia band ni..korang minat? kalau minat mari join pertandingan tiket free anjuran ERA.FM!  

  • hanya dengarkan isyarat memanggil di ERA.FM
  • hubungi  03 - 9543 3355
  • jawab soalan yang bakal dikemukakan kepada anda




..untuk maklumat lanjut sila klik logo yang tertera di bawah..

LINKIN PARK LIVE IN MALAYSIA!


korang minat pada LINKIN PARK? ada orang kata muka macam Chester Bennington..aku x tau la tue..orang kate..orang kate..hahahaha..anyway..memandangkan Band feveret aku ni nak buat konsert di Malaysia pe kata korang masuk pertandingan di laman web ERA.FM ni untuk mendapatkan tiket free! WOOHHOOOO!!!

mudah je..jawab dua soalan yang diberikan dan berikan slogan yang terbaik dari anda! aku dah try..xtau dapat ke x..mari sama - sama masuk..mana tau rezeki korang..



aiseh..suami pukul isteri?

sekarang ni tersebar sudah video SEORANG SUAMI MEMUKUL ISTERINYA DI DALAM LIF DI DEPAN ANAK - ANAK..uuuuuuuuuuuuiiiiiiiissssssshhhhhhhh..panjangnya tajuk! hahaha..aku buat sendiri tajuknya..sebagai seorang manusia aku turut bersimpati atas kejadian yang menimpa diri wanita tue..



walaupun aku bukan nak pasal aku baik sangat tapi alhamdulillah semarah - marah aku..masih lagi rasional dalam perhubungan aku dengan isteri aku..tapi kalau salah macamane pun banyak - banyaklah mengucapkan..isteri pun manusia biasa yang masih melakukan kesalahan..paling kurang pun aku merajuk sambil melontarkan pandangan jauh ke luar tingkap sambil dipujuk oleh isteriku dengan seketul ayam KFC SPICY di sebelah tangan kanannya dan BURGER SAMURAI EDISI TERBARU MCDONALDS di tangan kirinya..walaupun dia tahu aku takkan termakan pujuk rayu dia..huahuahuahua..

Tuesday, 13 August 2013

hidup seekor lalat..FUNNY!

dengan kitaran hidup 15 hingga 25 hari Artis Flychelangelo telah menghidupkan semula lalat ini dengan cara yang tersendiri..boleh dikatakan geli & lawak..tapi inilah yang dikatakan seni! hahaha..pelbagai aksi yang menarik dapat dilihat dengan hanya bantuan pensil dan kertas..


Monday, 12 August 2013

mudahnya membasuh baju!

memandangkan sekarang ni musim cuti paling peak! aku pasti isteri - isteri akan pening kepala bila mula membasuh baju bila selepas bercuti tamat tempoh bersukaria nanti..hehehe..jangan rungsing..Scrubba telah menyelesaikannya untuk anda..huahuahua..

MOYES FIRST SILVERWARE!

sejak dua menjak ni dah lama tak menulis macam - macam dalam blog..busy beraya la katakan..semalam bermula semula EPL yang dinanti - nantikan oleh ramai peminat EPL di Malaysia..aku sebagai penyokong tegar MU pasti takkan terlepas setiap perlawanan yang akan ditayangkan kat Astro nanti..sediakan keropok..kacang..air kopi dan sebagainya ye wahai isteriku..hehehe

anyway..tahniah buat Manchester United di bawah bimbingan David Moyes kerana berjaya memenangi Community Shield yang berlangsung semalam..tahniah buat Van Persie kerana berjaya mengekalkan momentum jaringan anda..hehehe..


sumber foto: premierleague.com

Sunday, 4 August 2013

Saturday, 3 August 2013

UCAPAN HARI RAYA TERBAIK!

korang pernah tengok lawak Restoran Barra x?

bila avengers lapar part 1


bila avengers lapar part 2

aku memang respek kat Faradyable sebab mampu buat aku gelak sakan gila - gila..


yang terbaru adalah ucapan Hari Raya 2013
jom saksikan bersama



LINK to:

the chinese dilemma~~

korang ada baca artikel dalam NST yang ditulis oleh Tun Dr. Mahathir? ianya adalah berkenaan konsep "KONGSI" yang diterap dari zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan Cheng Lock..


bagaimana sesuatu perkara yang perlu difikirkan bersama untuk lebih menghargai orang sekeliling tanpa mengira bangsa..aku tahu ramai yang akan tertanya - tanya adakah artikel ini satu artikel yang menyinggung perasaan kaum Cina di Malaysia sampaikan ianya dikeluarkan artikel ini dari Facebook? Tepuk dada tanya selera..

baca dahulu dan fahami apa yang Tun Mahathir cuba sampaikan..

untuk artikel penuh dari Tun M sila layari link di bawah




sumber:


Thursday, 1 August 2013

rancangan menarik..rancangan menarik..RAYA 2013!



memandangkan raya dah dekat pe kata kita tengok apa rancangan yang ada waktu raya - raya ni..hehehe..tapi pastikan pagi tu korang gi menziarah kubur dan sanak saudara tau! jangan nak terbongkang depan tv sambil tangan menggengam kuih raya dan mulut mengunyah ketupat dan lemang bercicahkan rendang @ kuah kacang..

pemain hoki maut..



sedih bila dengar berita ni..Malaysia baru nak maju dalam sukan hoki balik..tapi apakan daya..