selepas sekian lama merancang..akhirnya dapat juga gi bercuti dengan sidekick aku..lama tertangguh..alhamdulillah aku dapat menjejakkan kaki ke CAMERON HIGHLANDS dengan menggunakan ikan spesis KELISA berkaki empat yang merupakan binatang peliharaan sidekick aku..walaupun hanya untuk 3 hari 2 malam tapi seronok la sebab dapat berjalan merehatkan badan dan minda selepas bertungkus lumus mengerjakan 'sawah' dan 'kebun' orang lain..
pelbagai tempat menarik aku lawati dari ladang teh sehinggalah aku dapat merentas masa silam..macam dalam kartun Adventure Time - Jack & Finn abis semua tempat aku dan sidekick kesayangan aku redah berguling, hiking, berjogging, shopping, running, jumping, swimming dan trekking..walaupun dalam kesejukan akibat cuaca yang tak menentu dan kehadiran serangga perosak serta manusia dari pelbagai spesis datang dari pelusuk Tanah Tumpahnya Darahku Malaysia aku dan sidekick tak luntur semangat jitu kami berdua..