Thursday, 28 March 2013

Tidur = Personaliti

korang tahu cara tidur korang camne? adakah seperti bayi? macam kayu balak? gaya bebas? hahaha..mari kita tentukan.. aku dapat rasakan aku macam..macam..macam..hehehehe.. hanya bini aku je tahu..hahaha..

aku godek - godek..jumpe artikel ni..meh baca sama - sama k..


 
1. Posisi fetus (janin)
Ini merupakan cara/posisi tidur yang biasa di mana badan mengiring di sebelah dengan kedudukan kedua-dua kaki bengkok seperti janin di dalam rahim dan kedua-dua tangan juga dibengkokkan di atas bantal atau kadang-kadang sebelah tangan di bawah bantal. Posisi ini dianggap paling selesa, mungkin mengikut fitrah manusia, di mana seseorang itu dapat menghilangkan stres semasa tidur setelah bekerja seharian suntuk. Posisi ini paling disukai oleh kaum wanita berbanding lelaki.
Orang yang suka tidur dengan posisi ini selalunya lebih berhati-hati, sangat sensitif, beremosi dan sering berasa bimbang, walaupun kadang-kadang nampak keras secara luaran.
2. Posisi kayu balak
Ini juga merupakan posisi tidur yang biasa di mana badan mengiring di sebelah dengan kaki dan belakang lurus dan tangan diletakkan secara lurus di atas punggung dan paha.
Orang yang suka tidur dengan posisi ini dikatakan mempunyai personaliti sangat degil, suka menjadi ketua, tidak mudah mengalah dan mahu orang lain mengikut caranya sahaja.
3. Posisi perindu
Ini juga adalah posisi mengiring di sebelah dengan belakang lurus dan kaki bengkok sedikit, tangan pula diluruskan ke hadapan.
Orang yang suka tidur dengan posisi ini selalunya sukakan cabaran baru bagi mencapai cita-citanya, setiap hari dianggapnya sebagai permulaan untuk menghadapi cabaran, pemurah apabila percaya kepada seseorang, lambat membuat keputusan tetapi akan tetap dengan keputusan yang dibuatnya.
Ketiga-tiga posisi di atas (posisi fetus, kayu balak, dan perindu) adalah posisi mengiring, di mana sebaik-baiknya mengiring sebelah kanan badan untuk mengurangkan tekanan ke atas jantung (jantung terletak di sebelah kiri dada). Tidur mengiring juga dapat meningkatkan peredaran darah, mengurangkan pedih ulu hati dan refluks asid perut. Ia juga baik bagi orang yang mengalami masalah tulang belakang bahagian bawah, dan posisi ini memudahkan tidur.
Posisi ini juga dianggap mengikut sunnah di mana posisi ini telah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW sejak lebih 1400 tahun dahulu, seperti dalam hadis berikut:
“Al-Barra bin Azib r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW jika akan tidur, baginda mengiring ke sebelah kanan kemudian membaca: (Maksudnya); “Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan mengadapkan wajah ku pada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan punggungku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku percaya kepada Kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utuskan.” “Apabila kamu hendak tidur berwudhuklah dahulu sebagaimana kamu mahu solat, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (HR Bukhari dan Muslim)
4. Posisi askar
Ini merupakan posisi terlentang dengan kaki lurus dan tangan juga lurus rapat di sisi badan.
Orang yang tidur dengan posisi ini biasanya pendiam, kurang bersosial, sangat beremosi, setia, dan pentingkan kesempurnaan.
5. Posisi meniarap
Tidur meniarap dengan tangan dikembangkan di kiri dan kanan merupakan posisi yang paling tidak selesa. Posisi tidur seperti ini meratakan lengkung semulajadi tulang belakang yang mana akan menambah sakit belakang dan leher. Kebaikannya cuma memudahkan berdengkur dan tidur lena.
Orang yang biasa tidur dengan posisi ini selalunya tidak mampu menangani cabaran yang banyak dalam satu-satu masa, mempunyai perasaan ingin tahu dan sukar mengawal perasaan.
Bagi orang Islam, tidur meniarap ini adalah dilarang, seperti dinyatakan dalam hadis berikut:
“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (HR At- Tirmidzi)
Saat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang sahabatnya yang tidur meniarap, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengejutnya seraya bersabda: “Bangunlah! Ini ialah posisi tidur yang dibenci oleh Allah.” (HR Bukhari)
6. Posisi tapak Sulaiman
Ini juga posisi terlentang dengan kaki lurus tetapi tangan terbuka luas atau dikembangkan berdekatan dengan bantal.
Orang yang tidur dengan posisi ini selalunya adalah pendengar yang baik, terbuka kepada idea baru, bersedia membantu orang lain, dan tidak suka menonjolkan diri di khalayak ramai.
Kedua-dua posisi tidur terlentang ini agak kurang selesa pada waktu malam kerana posisi ini boleh menyukarkan tidur, menambah dengkur dan komplikasi bernafas, serta mudah dapat refluks asid perut. Namun begitu, tidur terlentang dapat mengurangkan tekanan ke atas bahu, leher dan tulang belakang, terutamanya tanpa bantal. Tidur pada posisi ini juga dapat mengurangkan kulit berkedut dan menyokong payudaya pada kedudukan yang betul.
Posisi tidur terlentang juga pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW seperti yang terdapat dalam hadis berikut:
“Daripada Abbad bi Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di Masjid sambil meletakkan satu kaki diatas yang lain.” (HR Bukhari dan Muslim)
sumber:sitik.wordpress


p/s: aku tidur gaya yang paling aman sekali..hahaha

No comments: