Monday 18 March 2013

"Saya Bukan Pelacur!" ujarnya..hahaha


Kuala Lumpur: “Saya bukan pelacur. Saya hanya pakai skirt ini dalam kereta, bukan di tempat umum,” dakwa seorang lelaki lembut berpakaian wanita selepas ditahan di Tasik Permaisuri, Cheras dalam Ops Bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), semalam.
Difahamkan, pondan berusia 30-an itu baru saja menghadiri sebuah parti khas bersama rakan-rakannya sebelum ke Tasik Permaisuri untuk melepak tanpa menyedari ada sekatan jalan raya dan sebaik ditahan, dia enggan turun dari kereta Perodua Myvi.

Bagaimanapun, selepas diarah pegawai JAWI untuk menyerahkan dokumen pengenalan diri, lelaki terbabit akur bagaimanapun mula naik angin selepas jurugambar merakam gambarnya.


Penguasa Penguat Kuasa DBKL Mohd Hisham Izhar berkata, lelaki itu antara enam pondan yang ditahan dalam operasi bermula jam 12 malam hingga 3.30 pagi itu. “Turut ditahan dua lelaki berusia 20-an yang mabuk dan memiliki minuman keras bersama mereka.

“Enam pondan itu ditahan mengikut Seksyen 7 Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan Bilangan 2/85 kerana berpakaian tidak senonoh dan jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya,” katanya.


Beliau berkata, dalam operasi sama, U3K mengeluarkan 59 saman ke atas penunggang motosikal dan kereta atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Katanya, turut disita 23 motosikal dan sebuah kereta Perodua Kancil atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

“Selain itu, U3K mengambil tindakan ke atas dua penunggang motosikal yang masing-masing melakukan kesalahan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan memalsukan cukai jalan,” katanya.
sumber: Harian Metro


p/s : kalau betul bukan pelacur..kembali ke pangkal jalan..hehehe

No comments: