Thursday 25 April 2013

BARCA VS MALAYSIA! WOHOO!



Kuala Lumpur: Tiket perlawanan Harimau Malaya bertemu Barcelona di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 10 Ogos ini hanya dapat ditetapkan pada harga serendah RM98 dan RM168 untuk dua kategori termurahnya disebabkan penganjur terpaksa membayar kos tinggi bagi membawa pasukan gergasi Sepanyol itu ke ibu negara.

Pengarah Urusan BSC Soccer, Effendi Jagan Abdullah selaku promoter perlawanan berkata, pihaknya tidak dapat menjual tiket bagi dua kategori paling murah itu dengan harga RM58 dan RM68 seperti dibuat promoter lain yang membawa Manchester City, Chelsea, Arsenal dan Liverpool sebelum ini berikutan kos tinggi berkenaan.
Bukan sengaja kami letak harga tinggi ini. Kami terpaksa membelanjakan sejumlah kos yang cukup besar untuk membawa Barcelona ke sini. Jadi sebab itulah harga tiket paling murah kami lebih tinggi berbanding perlawanan membabitkan jelajah kelab-kelab dari Liga Perdana Inggeris.

Jualan mencecah RM100,000
Kami tetap berharap stadium akan penuh dengan 80,000 penonton pada 10 Ogos nanti kerana peluang menyaksikan Barcelona beraksi kali pertama di Malaysia, terutama kelibat Lionel Messi tidak harus dilepaskan peminat bola sepak tempatan, kata Effendi ketika dihubungi, semalam.

Tiket-tiket berharga RM98, RM168, RM208, RM288, RM388 dan RM688 kini sudah boleh dibeli di pejabat iLasso di Phileo Damansara II, cawangan-cawangan Rock Corner di 1 Utama, Subang Parade, Mid Valley, KLCC dan The Curve atau di laman web www.ilassotickets.com.
 sumber: bharian.com



p/s: alang- alang raya ketiga di KL..sempat gi tengok rasanye..hahahaha

No comments: