Monday 8 April 2013

hebat JDT!


JDT intai Baros, Trezeguet

 
Siapa ganti saya nanti perlu beri sumbangan terbaik: Guiza
Johor Bahru: Selepas pengunduran dua tonggak import Johor Darul Takzim – Daniel Guiza dan Simone Del Nero, tumpuan kini terarah kepada usaha mencari pengganti pemain dari Sepanyol tatkala tempat Del Nero sudah diisi oleh Andre Francisco Da Silva. 
Perkhabaran terbaru kini ialah Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sedang mengintai dua nama besar iaitu bekas pemain antarabangsa Republik Czech, Milan Baros yang pernah beraksi untuk Liverpool FC dan Galatasaray dan bekas bintang Perancis, David Trezeguet yang pernah beraksi di negara ini pada saingan Piala Dunia Remaja 1997.
Difahamkan pengesahan sama ada khidmat Baros atau Trezeguet yang akan menggantikan Guiza hanya diketahui dalam tempoh dua atau tiga hari lagi tatkala pendaftaran pemain baru yang dibuka oleh Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) akan bermula hari ini sehingga 22 April ini.
Guiza tabik penyokong
Guiza yang ditemui selepas perlawanan suku akhir Piala FA, Johor Darul Takzim-Selangor berharap penggantinya kelak mampu menyerlah dan membawa kejayaan buat skuad Harimau Selatan dalam pemburuan mencipta kejuaraan pada saingan Liga Malaysia (Liga-M). 
“Siapa yang menggantikan saya nanti perlu beri sumbangan terbaik kepada Johor DT. Saya akan pulang semula ke pangkuan kelab Getafe CF dan akan kembali beraksi Julai ini. Apa pun saya berterima kasih kepada pengurusan PBNJ dan penyokong yang memberi sokongan kuat kepada saya sepanjang berada bersama kelab yang saya anggap antara yang terbaik di Malaysia,” kata Guiza. 
Trezeguet yang berusia 35 tahun pernah beraksi untuk skuad senior Perancis selama 10 tahun dari 1998 hingga 2008 dan pernah membantu Les Bleus itu muncul juara Piala Dunia 1998 selain pernah beraksi untuk kelab Monaco dan Serie A, Jeventus dan dinobatkan Pemain Terbaik Serie A 2000-2001. 
Baros pernah membuat penampilan bersama Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris 2002 hingga 2005 dan Aston Villa (2005-2007) sebelum berhijrah ke kelab Lyon di Liga Perancis selama semusim (2007-2008) dan kemudian beraksi untuk kelab Galatasaray di Turki dan kini beraksi untuk kelab Banik Ostrava di Republik Czech.
sumber: bharian.com



meramaikan bintang dalam liga super..adakah ianya memberi kelebihan kepada kelab? atau kerugian kepada pemain tempatan? yang pasti..ianya pasti merancakkan perjalanan Liga Super di Malaysia nanti..



p/s: aku harap Perak dapat beli Messi @ Neymar..huahuahuahua

No comments: