Thursday 11 April 2013

MENGUNDI! MENGUNDI!

tarikh mengundi dah keluar..hehehe..



Tempoh kempen keempat paling lama 
Putrajaya: Tempoh berkempen 15 hari yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah yang keempat paling lama dalam sejarah PRU negara sejak pilihan raya pertama pada 1959 yang diadakan selama 35 hari. 
Selain kempen selama 35 hari pada 1959, tempoh yang sama juga diberikan oleh SPR untuk pilihan raya kedua pada 1964 dan pilihan raya ketiga pada 1969.
Bagaimanapun, tempoh kempen pilihan raya kali ini menyamai tempoh berkempen PRU-6 yang juga diadakan selama 15 hari. Tempoh berkempen kedua paling lama ialah untuk PRU-4 selama 17 hari pada 1978 dan ketiga paling lama selama 16 hari adalah pada 1974.
Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan 20 April sebagai hari penamaan calon dan 5 Mei hari mengundi untuk PRU-13.

Timbang beberapa faktor
Beliau berkata 5 Mei dipilih sebagai hari mengundi kerana pada tarikh berkenaan tidak ada sebarang perkara penting membabitkan upacara keagamaan dan atau program kemasyarakatan berlangsung di negara ini. 
“SPR sudah berbincang... kita ada beberapa faktor untuk dipertimbangkan, baik membabitkan hari penamaan, hari membuang mengundi atau mengundi awal, supaya tidak bertembung dengan tarikh (acara) penting lain. 
‘Malah, kita sudah merujuk tarikh berkenaan kepada Jabatan Meteorologi dan difahamkan ramalan cuaca baik pada tarikh berkenaan. 
“Justeru, kita berdoa bersama-sama supaya ia menjadi kenyataan (cuaca baik),” katanya pada sidang media.

30 April pengundian awal
Aziz berkata, pengundian awal bagi anggota keselamatan, anggota dan petugas SPR selain petugas media diadakan pada 30 April, manakala pengundi luar negara boleh mengundi mulai 30 April ini di pejabat perwakilan Malaysia di negara berkenaan yang bertindak sebagai wakil SPR. 
Penyerahan writ oleh Pengarah SPR Negeri kepada 222 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan 1,088 penolong Pegawai Pilihan Raya akan dibuat bagi membantu SPR menjalankan PRU-13. 
SPR juga melantik 379 Pegawai Penguatkuasa yang juga ketua bagi Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR). Sebanyak 8,789 Pusat Mengundi yang mengandungi 26,219 saluran mengundi akan dibuka. 
Daripada jumlah itu, 544 pusat mengundi dengan 882 saluran mengundi dibuka bagi pengundian awal. manakala 25,337 saluran mengundi dibuka bagi pengundian biasa.
sumber: bharian.com.my


aku dah semak tempat mengundi aku..hehehe..korang dah semak? 




p/s: aku harap aku dapat gi mengundi..huhuhu

No comments: