Saturday 20 April 2013

bebas! bebas!

Ahli parti berentap sesama sendiri akibat tak puas hati
Kuala Lumpur: Penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) hari ini dijangka menyaksikan beberapa kejutan, termasuk pertembungan sesama ahli parti kerana tidak puas hati dengan pencalonan yang ditetapkan oleh kepemimpinan parti atau kecewa selepas tidak dicalonkan.

PRU-13 juga diramalkan akan menjadi pilihan raya umum paling ramai calon Bebas bertanding, selain pertandingan tiga penjuru atau lebih terutama di Sabah dan Sarawak kerana kegagalan pembangkang berkompromi untuk membentuk pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN). Sarawak dijangka menyaksikan paling ramai calon bertanding di sebanyak 31 kerusi Parlimen, terutama calon Bebas.


Pertarungan tiga penjuru atau lebih dijangka berlaku di sekurang-kurangnya enam kerusi, iaitu Parlimen Mas Gading, Sri Aman, Lubok Antu, Sarikei, Julau dan Selangau.

Sehingga jam 8 malam tadi, 284 borang pencalonan sudah dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat semalam, sedangkan jumlah kerusi ditandingi hanya 31.
 
Sabah buat kejutan 
Sabah juga bakal menyaksikan banyak pertandingan lebih tiga penjuru kerana kegagalan pembangkang bergabung untuk menentang BN, termasuk bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin dan bekas Timbalan Presiden UPKO, Datuk Wildfred Bumburing yang keluar BN dan bertanding atas tiket PKR.

Parti Maju Sabah (SAPP), USNO, Parti Reformasi Negeri (STAR) cawangan Sabah, turut meletakkan calon dan akan bersaing dengan PKR, DAP dan PAS untuk menentang BN. Selain itu, seperti kelaziman di Sabah, ramai calon Bebas akan muncul di pusat penamaan calon akibat tidak puas hati kerana tidak dipilih bertanding.

Pertandingan tiga penjuru juga dijangka berlaku di sekurang-kurangnya empat kerusi di Kelantan apabila calon Bebas diramal bertanding menentang BN dan pembangkang.

Penyandang Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang mengharapkan BN memilihnya sebagai calon mesra BN, dikatakan mahu bertanding calon Bebas jika namanya tidak disenaraikan pagi ini.

DUN Guchil dijangka menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, PKR dan dua calon Bebas, manakala Nenggiri dan Selinsing berlaku tiga penjuru kerana tidak berpuas hati dengan parti masing-masing meletakkan calon.

Di Terengganu juga dijangka berlaku pertembungan sesama calon PKR dengan PAS dan BN dengan calon yang tidak berpuas hati dengan pencalonan parti. Antaranya di Parlimen Dungun, DUN Bukit Besri dan DUN Rantau Abang.

Pulau Pinang pula dijangka menyaksikan 10 pertandingan tiga penjuru, manakala satu empat penjuru. Antara punca kerana Parti Cinta Malaysia (PCM) mengemukakan lima calon dan kehadiran lima calon Bebas serta satu tiga penjuru berikutan pertembungan PKR dan PAS.

Empat penjuru pula membabitkan kerusi Parlimen Batu Kawan dengan BN diwakili N Gobalakrishnan, DAP diwakili P Kasthuriraani, calon Bebas yang juga bekas Penyelaras BN Batu Kawan, A Mohan dan PCM diwakili Naib Presidennya, Huan Cheng Guan.

Empat lagi kerusi Parlimen menyaksikan perlawanan tiga penjuru. Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahya mewakili BN beri saingan kepada Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (PAS) dan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar yang mahu bertanding Bebas.

Sebanyak enam DUN pula diramal menyaksikan perlawanan tiga penjuru dengan DUN Sungai Acheh mencatatkan pertembungan menarik antara BN, PAS dan PKR dengan calon masing-masing ialah Datuk Mahmud Zakaria, Yusni Md Piah dan Badrul Hisham Shaharin.
 
Ahli DAP tanding Bebas 
Ramai ahli dan pemimpin negeri yang tidak berpuas hati dengan DAP akan bertanding calon Bebas, terutama di Negeri Sembilan. Antaranya Parlimen Seremban, DUN Temiang, Bukit Kepayang, Senawang dan Port Dickson, mana-kala bekas ahli PKR, Shahrudin Abdul Hamid bertanding Bebas menentang PAS dan BN.

Kedah juga bakal menyaksikan pertarungan menarik kerana Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan meletakkan ramai calon. Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama) meletakkan Jawahar Raja Abdul Wahid di Parlimen Alor Star dan DUN Bakar Bata.

KITA bertanding di DUN Pedu, Sungai Tiang, Gurun, Bukit Selambau, Bakar Arang, Sidam, Kuala Ketil, Merbau Pulas dan Lunas serta Parlimen Pendang dan Sungai Petani. Bekas pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim dijangka bertanding di Sidam.
sumber: bharian.com



p/s: lepas ni kita boleh tengok banyak gambar ikan..peti ais..kapal terbang..lembu..gajah..merata - rata! hahaha

No comments: