Saturday 27 April 2013

kes gigit lagi..

Liverpool: Brendan Rodgers menuduh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) sebagai hipokrit kerana cuba menyingkirkan Luis Suarez dengan hukuman tidak munasabah.

Penyerang Liverpool itu digantung 10 perlawanan kerana menggigit lengan pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic.

Memang kelakuannya kurang menepati prinsip kelab, tetapi tidak bermakna kami sedia menyingkirkannya. Apa yang berlaku ialah dia dihukum dengan tiada niat untuk membantunya menjadi lebih baik. Itu yang amat mengecewakan.

Pada 2006, Jermain Defoe dari Spurs terlepas hukuman dengan hanya menerima kad kuning selepas menggigit pemain West Ham, Javier Mascherano, manakala Sean Hessey dari Chester digantung lima perlawanan atas kesalahan sama ke atas Liam Dickinson (Stockport).

Perdana Menteri turut komen
Seorang pemain digantung lima perlawanan dan seorang lagi tidak dibuang padang atau dikenakan tindakan lain. Dia kemudian menjaringkan 18 gol musim itu, 17 selepas insiden berkenaan dan kemudian dipanggil mewakili England, kata Rodgers. Rodgers turut yakin Suruhanjaya Bebas yang dibarisi tiga individu dalam menangani kes berkenaan pasti dipengaruhi mana-mana pihak untuk mengenakan hukuman berat ke atas Suarez.

FA sebelum ini menyatakan hukumannya lebih daripada tiga perlawanan, jadi ia sudah mempengaruhi keputusan yang belum dibuat. Kemudian bekas pemain, malah Perdana Menteri menyatakan pendapat mereka.

Jika tokoh berprofil tinggi mengeluarkan kenyataan sebegitu, tidak ragu-ragu lagi pasti berat sebelah. Itu sifat semula jadi manusia.

 sumber: bharian.com




p/s: memang hangat la berita gigit menggigit ni..walaupun aku bukan peminat setia THE REDS tapi bagi aku keputusan sebegitu amat mengecewakan aku..

No comments: